Pemecatan tiga veteran UMNO iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr Rais Yatim yang lantang mengkritik parti dan menyokong pembangkang wajar dilakukan demi kesejahteraan parti.
Malah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga tidak berasa menyesal mahupun ralat dengan keputusan itu.
Kata beliau, tindakan itu dilakukan mengikut perlembagaan parti selain menjaga semangat moral ahli UMNO lain yang sentiasa bermati-matian memperjuangkan parti.
Tegas Hishammuddin, tiada mana-mana parti yang membenarkan ahlinya berada di atas pembangkang dan memburukkan parti sendiri.
"Parti mana yang akan membenarkan ahli-ahlinya masuk dan berdiri di atas pentas pembangkang dan memaki hamun partinya sendiri.
"Kalau tindakan tidak diambil saya sendiri akan minta mereka dipecat. (Pemecatan) ini akan dilaksanakan oleh mana-mana parti. Jangan tunding jari kerana tindakan dan hujah mereka itu memang jelas tidak bersama dengan UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Bertemu Rakyat di Felda Chemplak Barat, Labis Segamat Johor.
Ketika ditanya mengenai kemasukan tiga veteran UMNO itu kepada pembangkang akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap UMNO atau tidak, Hishammuddin menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian dengan bijak.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Haron senada dengan Hishammuddin kerana tindakan ketiga-tiga veteran UMNO itu secara terang-terangan belot dan tidak sepenuh hati menyokong perjuangan parti.
Beliau berkata, jika tindakan itu tidak segera diambil ia mampu menular seterusnya menjadi barah yang boleh membinasakan apa yang telah dibina dan diperjuangkan parti selama ini.
"Samalah di dalam tentera kalau ada mana-mana anggota yang belot dan bersubahat dengan musuh sudah pasti hukumannya lebih berat daripada dipecat. Kalau kita tidak mengamalkan hukuman mereka yang belot, nanti ia akan merosakkan apa yang telah kita bina.
Astro Awani
Sat May 05 2018
HISHAMMUDDIN berkata, tindakan itu dilakukan mengikut perlembagaan parti selain menjaga semangat moral ahli UMNO lain yang sentiasa bermati-matian memperjuangkan parti.
Negeri Sembilan selaras kenaikan gaji ikut Persekutuan - MB
Kerajaan Negeri Sembilan akan turut melaksanakan penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu sepertimana dilakukan di peringkat Persekutuan.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Gempa bumi berkembar gegar Bandung
Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).