Pemecatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti bukanlah tindakan untuk melindungi sesiapa.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ia lebih untuk kembali meletakkan parti di atas landasan yang sepatutnya.
"Pemuda UMNO Kedah percaya, ini bukanlah keputusan yg mudah tetapi perlu dilakukan demi survival parti.
"Kita juga menyifatkan tindakan pemecatan ini perlu dilakukan kerana parti perlu bergerak ke hadapan tanpa sebarang gangguan dalaman," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Shaiful mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat yang membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana berada sepentas bersama pemimpin pembangkang dan menyerang kepimpinan parti.
Sementara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, digantung keahlian sehingga laporan diterima daripada Jawatankuasa Disiplin.
Dalam pada itu Shaiful memohon ahli parti bertenang dan terus fokus terhadap usaha-usaha meraih sokongan dan pada masa sama memperkasa parti yang terjejas akibat tindak tanduk individu tertentu.
"Kita menyokong pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz dan ia disifatkan amat wajar selaras dengan hasrat parti mendisiplinkan ahlinya.
"Malah kita menyifatkan pemecatan ini sepatutnya dilakukan lebih awal kerana tindakan mereka berkongsi pentas dengan pembangkang adalah satu pengkhianatan besar terhadap perjuangan parti," jelasnya.
Secara umumnya ujar Shaiful, pemecatan itu khasnya bagi UMNO Kedah sememangnya ditunggu kerana ia merungkai kekeliruan dan kacau-bilau yang wujud khasnya dalam UMNO Bahagian Jerlun.
"Bekas Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Mukhriz dilihat menggunakan kedudukannya untuk menghentam dan memburuk-burukkan pucuk pimpinan parti secara keterlaluan," katanya.
Sementara itu, Shaiful turut kesal dan kecewa dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggunakan platform Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menyebar fitnah kepada kerajaan.
"Oleh itu kita juga bersetuju dengan tindakan pantas MT yang menghentikan serta-merta penyaluran dana bantuan terhadap Yayasan Kepimpinan Perdana.
"Kita juga kesal dan kecewa kerana platform yang sepatutnya digunakan bekas perdana menteri untuk menyumbang kembali pembangunan negara disalahgunakan sebagai pusat penyebaran fitnah dan adu domba," katanya.
Pada Jumaat juga, MT UMNO menggesa kerajaan menghentikan pemberian sumbangan kewangan, penyenggaraan dan juga staf kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.
MT UMNO juga memberi alasan tiada guna untuk kerajaan menyalurkan kewangan kepada pusat yang digunakan untuk menjatuhkan kerajaan.
Wan Syamsul Amly
Sat Jun 25 2016
SHAIFUL HAZIZY: Parti perlu bergerak ke hadapan tanpa sebarang gangguan dalaman.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Indeks utama Bursa Malaysia turun 0.42 peratus susulan pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.69 mata atau 0.42 peratus kepada 1,575.97 daripada paras penutup 1,582.66 pada Isnin.
Lelaki berpedang serang orang awam di London, lima cedera
Dalam insiden yang berlaku pada jam 7 pagi waktu tempatan, lima mangsa termasuk dua pegawai polis dikejarkan ke hospital berdekatan susulan serangan berkenaan.
Letusan Gunung Ruang: Operasi Lapangan Terbang Sam Ratulangi dihentikan sementara
Abu akibat letusan itu memenuhi kawasan lapangan terbang, dengan penumpang dilihat memakai topeng muka.
‘Saya berdoa agar tuhan satukan kami'
Kelahirannya di dunia disambut tanpa pelukan erat kedua orang tuanya. Kezaliman berterusan tentera rejim zionis sekaligus mengubah takdir hidup bayi Palestin yang diberi nama Yehia Hamuda ini. Malah dia yang belum mengenal erti dunia, kini dilindungi di hospital al-Emirati di Rafah.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Daftar Pemilih Tambahan Mac 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2024 (DPT BLN3/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari sehingga 29 Mei ini.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan
Tengku Zafrul mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi SPRM untuk membantu siasatan.
MPN gesa segerakan kelulusan permohonan pekerja asing
Kementerian Sumber Manusia digesa menyegerakan proses kelulusan bagi permohonan-permohonan pekerja asing dalam negara.
"Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat" - Muhyiddin
Beliau juga tidak akan sesekali mengganggu kebebasan Badan Kehakiman apatah lagi membelakangi Perlembagaan semata-mata untuk terus kekal berkuasa.
Isu Palestin-Israel: Malaysia, Indonesia dan Brunei gesa sidang tergempar PBB diadakan
Perkara itu dicapai oleh ketiga-tiga pemimpin negarayang mahu sebuah resolusi keamanan dicapai bagi memastikan kekejaman yang menimpa rakyat Palestin ketika ini dapat dihentikan.
Perkasa pegawai, anggota PDRM dalam perundangan - Muhyiddin
PDRM harus mempertingkatkan lagi penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidangan.
Terkilan tak dapat jabat tangan ahli Bersatu - Muhyiddin
Begitupun, Muhyiddin berkata, semua ahli harus menerima hakikat bahawa itulah norma baharu yang perlu diamalkan dalam usaha negara melawan dan membendung pandemik COVID-19.
Amalan konvensyen tidak mengikat kerajaan untuk undur diri jika Belanjawan 2021 tidak lulus - Penganalisis
Apa yang perlu dilakukan adalah Parlimen membenarkan usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat untuk menentukan keabsahan kerajaan.
ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin
ASEAN dan New Zealand perlu meneruskan usaha mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam mendepani cabaran getir pasca-pandemik, termasuk berkaitan aspek keselamatan dan keganasan.
Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
'Ekonomi negara tidak begitu terkesan dengan tindakan Anwar'
Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan sekalipun, kesannya tidak begitu ketara kepada ekonomi dan pasaran saham kerana politik Malaysia sememangnya berada dalam keadaan tidak stabil sejak setahun lalu.