awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
Serangan ke atas anak Rafizi: Hanya polis boleh tentukan NFA atau tidak - Saifuddin
Afrika Selatan isytihar Kuasa Usaha Israel sebagai ‘persona non grata’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pemikiran takfiri siyasi Pas burukkan imej Islam' - Mujahid

Sinar Harian
Sinar Harian
19/08/2023
08:58 MYT
'Pemikiran takfiri siyasi Pas burukkan imej Islam' - Mujahid
Mujahid berkata, takfiri siyasi bermaksud pemikiran yang menganggap seteru politiknya sebagai tidak perjuangkan Islam dan mereka sahaja secara eksklusif berbuat demikian. - Gambar fail
SHAH ALAM : Pemikiran takfiri siyasi yang menguasai kepimpinan kerajaan negeri Kelantan akan memecahbelahkan masyarakat dan memburukkan imej Islam.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, takfiri siyasi bermaksud pemikiran yang menganggap seteru politiknya sebagai tidak perjuangkan Islam dan mereka sahaja secara eksklusif berbuat demikian.
"Ucapan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada kuliah Jumaat di Kota Bharu jelas mengisyaratkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai tontonan "hok lawe perjuangen Isle".
"Pemikiran Islam ala Pas itu adalah hadiah pemberian ke atas rakyat Kelantan setelah proses demokrasi dibuat dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambah Mujahid, bagaimanapun, rakyat Kelantan telah membuat keputusan dengan memilih parti Pas untuk mentadbir negeri tersebut.
"Kita perlu menghormati pilihan mereka namun menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menegur unsur yang boleh menjejaskan Islam sebagai agama rasmi negara," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#perjuangan Islam
#takfiri siyasi
#Mujahid Yusof Rawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan