awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: 11,965 anggota PKR Terengganu boleh mengundi hari ini

Bernama
Bernama
05/10/2018
03:01 MYT
Pemilihan PKR: 11,965 anggota PKR Terengganu boleh mengundi hari ini
Proses pendaftaran berlangsung dengan baik dan anggota PKR mula beratur seawal 9.30 pagi bagi melakukan pengundian menerusi sistem undian secara digital e-voting. - Gambar fail
Seramai 11,965 anggota PKR Terengganu hari ini berpeluang memilih kepimpinan di peringkat pusat dan cabang negeri.
Ketua Koordinator Negeri Terengganu bagi pemilihan itu, Amri Awang menganggarkan 40 peratus daripada jumlah itu akan pergi mengundi hari ini, di lapan cabang mulai 10 pagi hingga 5.00 petang.
Katanya Kemaman mencatatkan jumlah anggota paling ramai setakat ini iaitu 2,560 orang, diikuti Besut (2,312), Kuala Terengganu (1,926), Dungun (1,347), Setiu (1,218), Hulu Terengganu (1,195), Kuala Nerus (846) dan Marang (561).
"Calon bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) di cabang Hulu Terengganu Kamarul Anuar Ismail telah menang tanpa bertanding kerana pencabarnya didapati tidak layak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tinjauan di beberapa lokasi pagi ini mendapati proses pendaftaran berlangsung dengan baik dan anggota PKR mula beratur seawal 9.30 pagi bagi melakukan pengundian menerusi sistem undian secara digital e-voting.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amri Awang
#calon
#pemilihan
#PKR
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan