POLITICS
Pemilihan PKR: ‘Anwar, Saifuddin berpandangan ada keperluan saya tanding Timbalan Presiden’ - Rafizi

Rafizi menyatakan bahawa beliau bersedia untuk tidak bertanding Timbalan Presiden dan tidak menyertai Kabinet untuk memberi tumpuan kepada kempen akar umbi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata dua pemimpin tertinggi parti menyatakan keperluan untuk beliau bertanding pada pemilihan kali ini untuk mengekalkan jawatannya dalam parti dan Kabinet.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution menyarankan Rafizi bertanding semula sebagai Timbalan Presiden PKR untuk mengekalkan kedudukannya dalam parti dan Kabinet.
- Rafizi pada awalnya menyatakan kesediaan untuk tidak bertanding dan memberi tumpuan kepada kempen akar umbi, tetapi akhirnya memutuskan untuk mempertahankan jawatannya.
- Beliau menekankan bahawa PKR perlu lebih menyerang dalam mempertahankan dasar Kerajaan Madani, berbanding pendekatan bertahan yang dilihat sekarang.
Dalam pertemuan bersama Anwar dan Saifuddin secara berasingan Rafizi turut menyatakan hasrat untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden dan tidak menyertai Kabinet untuk memberi tumpuan kepada akar umbi.
“Saya menyatakan bahawa saya bersedia untuk tidak bertanding Timbalan Presiden dan tidak menyertai Kabinet untuk memberi tumpuan kepada kempen akar umbi,” katanya.
Malah beliau juga menyatakan pandangannya agar PKR selaku parti dalam kerajaan bersikap “menyerang” bukan “bertahan” dalam mempertahankan dasar dan polisi Kerajaan Madani.
“Kebimbangan saya banyak berkisar kepada keadaan semasa yang mana kempen kerajaan dilihat terlalu bertahan, dan tidak menyerang seperti rentak PKR semasa menjadi pembangkang,” katanya lagi.
Dalam kenyataan yang sama Rafizi turut mengumumkan bersedia mempertahankan jawatannya itu pada pemilihan kali ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami