ALOR SETAR: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat cabang di negeri Kedah yang berlangsung hari ini menyaksikan 14 cabang daripada keseluruhan 15 cabang di negeri itu selesai mengadakan pemilihan yang disifatkan berlangsung dalam keadaan aman.
Bagaimanapun, Koordinator Negeri Kedah Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Rashid Din ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan bahawa pemilihan peringkat cabang di Padang Serai akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurut Rashid, ianya adalah disebabkan beberapa masalah khususnya melibatkan isu teknikal serta aplikasi ADIL yang mana menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak.
Sehubungan itu, atas persetujuan ketiga-tiga calon Ketua Cabang di Padang Serai, pemilihan ditangguhkan sekitar jam 12 tengah hari tadi dan kemungkinan besar diadakan semula pada minggu hadapan.
"Satu (cabang sahaja) yang tidak selesai, (iaitu di) Padang Serai, yang lain dalam masa yang ditetapkan itu, semua selesai.
"Saya baru (sahaja) balik dari (cabang) Merbok, (dan) Sungai Petani (yang mana) akan tutup dalam 5 minit, (tidak berlaku masalah besar).
"Ada pun (masalah) itu yang sikit-sikit macam, tak ada jadi pergaduhan, Maksudnya calon bertanding boleh duduk bersembang maknanya okey lah itu, dan (di Padang Serai) tiga orang (calon Ketua Cabang) buat keputusan langkah terbaik adalah tangguhkan dahulu," katanya.
Dalam perkembangan sama, Rashid memaklumkan bahawa tiada pergaduhan fizikal berlaku sepanjang pemilihan berlangsung.
Namun, menurutnya berlaku 'perang mulut' di beberapa cabang selepas berlaku ketidakpuasan hati terutama melibatkan kedudukan khemah bagi menarik undi ahli di peringkat cabang sebelum mereka memasuki dewan mengundi.
"Semua berjalan lancar (cuma) ada terkedu sikit sana sini, tapi (keseluruhan) okey, sehingga kini tak ada laporan (berkait dengan pergaduhan fizikal), (hanya ada) isu tempat berkumpul, isu macam itu sahaja, banyak isu teknikal, tetapi macam waktu berkempen, mereka macam go overboard. Juga isu teknikal... perlahan, orang dia tunggu lama.
"(Keseluruhannya) saya berpuas hati tidak ada yang teruk, yang lapor pada saya berkempen, bagi saya keadaan aman," katanya.
Untuk rekod, berlaku pertembungan di 13 cabang di Kedah membabitkan jawatan Ketua Cabang dimana hanya calon di cabang Jerai dan Jerlun menang tanpa bertanding.
Cabang Kulim-Bandar Baharu pula menyaksikan pertembungan terbesar dimana empat calon bertanding bagi merebut jawatan berkenaan.
Abd Hadi Che Awang
Sat May 14 2022

Kelihatan ahli-ahli PKR keluar memilih calon masing-masing pada pemilihan PKR Kedah Cabang Alor Setar yang diadakan di dewan KIA, Jalan Sungai Korok. - Foto BERNAMA

Wanita buat laporan palsu konon kena samun
Wanita tempatan berusia 28 tahun itu datang ke balai polis untuk membuat laporan mendakwa dirinya disamun.

59 negara sertai Sidang Kemuncak Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam
Sidang kemuncak tiga hari itu bermula pada Khamis di Bandar Kazan, menyaksikan penyertaan 44 negara Islam, daripada 59 keseluruhannya.

Sembilan menteri baharu angkat sumpah di Sri Lanka
Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa awal bulan ini melantik ahli politik veteran Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri.

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Pemilihan PKR 2022: Lebih 67,000 ahli undi dalam talian - JPP
Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik.

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR
Katanya, walaupun pemilihan PKR masih di peringkat awal, namun maklum balas diterima memberangsangkan.

Pemilihan PKR 2022: Pengundian di P. Pinang berjalan lancar, hanya ada 'kecoh adik-beradik'
Pengundian secara fizikal bagi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 di 13 cabang di Pulau Pinang hari ini berjalan lancar.

Pemilihan PKR 2022: Ahli keluar mengundi terlalu rendah setakat ini
Jumlah ahli parti yang keluar mengundi secara fizikal pada Pemilihan PKR 2022 yang memasuki hari ketiga masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan pemilihan pada 2018.

Pemilihan PKR: Proses pengundian di Pahang berjalan lancar
Pemilihan itu melibatkan seramai 38,659 ahli PKR yang layak mengundi membabitkan semua 14 cabang PKR di Pahang.

Pemilihan PKR 2022: Cabang Lembah Pantai menang tanpa bertanding
Proses pemilihan yang berlangsung hari ini hanya melibatkan jawatan di peringkat pusat.

Pemilihan PKR: Rafizi akui wujud masalah teknikal
Ada masalah sistem seperti peranti ambil masa lama dan beberapa isu melibatkan pepijat.

Pemilihan PKR: Hanya 'perang mulut', pemilihan 14 daripada 15 cabang di Kedah selesai
Pemilihan PKR peringkat cabang di negeri Kedah yang berlangsung hari ini menyaksikan 14 cabang daripada keseluruhan 15 cabang di negeri itu selesai.

Pemilihan PKR 2022: Proses pengundian fizikal di Kelantan, Terengganu selesai
Proses pengundian secara fizikal bagi Pemilihan PKR 2022 yang bermula hari ini di Kelantan dan Terengganu bagi jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayap, berlangsung dengan lancar.

Pengundian pemilihan PKR 2022 buka tirai hari ini
Pemilihan PKR 2022 membuka tirainya hari ini yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayapnya.