KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Simpang Renggam pada Pemilihan PKR 2022.
Bekas menteri pendidikan itu mengesahkan perkara itu dalam kiriman WhatsApp kepada Bernama malam ini.
"Ya saya akan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam,"katanya.
Maszlee menyertai semula PKR pada November tahun lepas.
Beliau pernah mendaftarkan diri sebagai ahli PKR pada 2017 di cabang Ampang.
Maszlee kemudian menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan dilantik sebagai Menteri Pendidikan Kerajaan Pakatan Harapan namun dipecat dari parti itu pada Mei 2020 seterusnya memutuskan untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Terdahulu media melaporkan tiga selebriti tanah air turut mencuba nasib pada pemilihan kali ini antaranya pelakon dan produser Datuk Adflin Shauki yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua Cabang Setiawangsa.
Proses Pemilihan PKR 2022 bermula Ahad lepas sehingga 11.59 malam ini bagi proses pencalonan peringkat cabang manakala pencalonan bagi jawatan tertinggi pusat dan sayap dilaksanakan semalam.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir pula mengesahkan beliau tidak mempertahankan jawatan disandangnya itu pada Pemilihan PKR 2022, sebaliknya memberi bayangan untuk bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Ahli Parlimen Johor Bharu itu berkata ketika ini beliau hanya mahu mempertahankan jawatan Ketua Cabang Johor Baharu.
"Tak pertahankan (jawatan Ketua AMK), saya dah habis penggal AMK. Ketika ini saya fokus pertahankan Ketua Cabang Johor Bharu. (Pencalonan jawatan ahli) MPP akan (saya) putuskan nanti," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Bernama malam ini.
Hari ini, Bernama melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR (JPP) Dr Zaliha Mustafa mengesahkan hanya dua calon bertanding bagi jawatan Ketua AMK sehingga proses pencalonan ditutup tengah malam tadi.
Saingan jawatan itu menyaksikan dua bekas aktivis mahasiswa menawarkan diri iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Fahmi Faizol.
Sebelum ini, PKR memutuskan pencalonan bagi pemilihan 20 Ahli MPP, Wanita dan AMK pada Kongres Nasional yang sepatutnya berlangsung semalam, ditangguhkan ke 28 Mei depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Simpang Renggam pada Pemilihan PKR 2022. - Gambar fail/BERNAMA

Khutbah Arafah diterjemah ke empat lagi bahasa termasuk Tamil
Terjemahan langsung khutbah Hari Arafah, yang dianggap antara acara terpenting dalam kalendar Islam, kini diperluas dengan memasukkan empat lagi bahasa sebagai tambahan kepada 10 bahasa sedia ada.

Bimbang hilang kerja, tiada masa, alasan rakyat enggan buat saringan kesihatan
Penyakit tak pilih orang, tak pilih masa, bila-bila dan sesiapa pun boleh kena!

Cerita Sebalik Berita: Pemilihan PKR 2022 | Ini kemenangan untuk Ampang, parti - Hans Isaac
Pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyifatkan kemenangannya bagi jawatan Ketua Cabang Ampang pada Pemilihan PKR 2022 sebagai kemenangan untuk semua, khususnya buat Ampang dan parti Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac bercerita, sebagai satu parti, sudah tentu mereka akan meneruskan perjuangan dan agenda yang dibawa, tidak kira menang atau kalah.

34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.

Pemilihan PKR 2022: "Ini kemenangan untuk Ampang, parti" - Hans Isaac
Kata Hans, bukan populariti jadi kayu ukur kemenangannya.

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.

Cerita Sebalik Berita: Penjawat awam | bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah bercerita tugasan liputannya dalam isu peluang kira-kira 1.6 juta penjawat awam membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi program pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com.

10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.

Harga ayam adil untuk semua pihak - Alexander Nanta Linggi
Nanta berpuas hati dengan kadar kepatuhan terhadap harga siling ayam dan memberi jaminan bekalan ayam mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Perbankan | SME Bank catat prestasi kewangan memberangsangkan
SME Bank menambahkan jumlah asetnya kepada RM11.4 bilion dan mencatatkan peningkatan portfolio pembiayaan kasarnya sebanyak 8.3% kepada RM8 bilion semasa tahun kewangan 2021. Pengerusi SME Bank, Datuk Seri Nazir Ariff berkata, hasil disiplin kewangan yang kukuh, pendekatan pengurusan risiko yang mantap, serta kedudukan modal yang teguh membolehkan bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak RM55.3 juta pada 2021 mengatasi sasaran RM28.4 juta.

Pemilihan PKR: Maszlee Malik sahkan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Simpang Renggam pada Pemilihan PKR 2022.

Maszlee terkejut lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik terkejut dan terkilan apabila mendapati sejumlah 21,316 pelajar di negara ini telah berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai tahun ini.

Maszlee Malik sertai PKR, Anwar yakin parti bakal raih manfaat
Anwar sambut baik keahlian Maszlee yang disifatkan bakal memberi manfaat besar buat parti itu susulan prestasinya sebagai ahli politik muda.

COVID-19: Bimbang nanti ada sekolah tidak ditutup kerana takut dikompaun - Maszlee
Tindakan itu akan membuatkan ada pihak sekolah takut untuk menutup sekolah kerana tidak mahu dikompaun.

Akuan bersumpah dakwa Maszlee sokong Anwar tular
Maslee dikatakan menyatakan beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.

Maszlee nafi penduduk Simpang Renggam buat kenduri ketika PKP
Laporan media itu tidak benar kerana menyatakan penduduk di kedua-dua kampung ini mengadakan kenduri dan aktiviti lain ketika PKP dilaksanakan.

Maszlee mohon penduduk di Simpang Renggam bertenang, ikut arahan pihak berkuasa
Maszlee memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan penularan wabak ini berjaya dikekang sepenuhnya.

Sering bercanggah dengan Kabinet didakwa punca Maszlee diminta letak jawatan
Keputusan yang dibuat Maszlee untuk meletak jawatan adalah atas kehendak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maszlee sifatkan keputusan 'pulang' jawatan ada hikmah
Dr Maszlee Malik menyifatkan keputusan beliau 'memulangkan' jawatan Menteri Pendidikan, dua hari lepas, mempunyai hikmah tersendiri buat dirinya dan penduduk Parlimen Simpang Renggam.

Petisyen desak Maszlee dikekalkan dapat sambutan
Selepas tiga jam dilancarkan, petisyen tersebut telah mendapat lebih 70,000 tandatangan yang mahu Maszlee dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan.