awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Nik Nazmi terbuka dicabar Adflin Shauki

Bernama
Bernama
10/04/2025
08:15 MYT
Pemilihan PKR: Nik Nazmi terbuka dicabar Adflin Shauki
Nik Nazmi berkata pertandingan perlu berlangsung secara berhemah dan beliau tidak mengambil mudah semua calon yang bertanding.
BAGAN SERAI: Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui terbuka jika ada mana-mana individu mahu bertanding bagi merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilihan PKR 2025.

Ringkasan AI
  • Nik Nazmi Nik Ahmad terbuka kepada mana-mana individu yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilihan PKR 2025, termasuk pelakon Datuk Afdlin Shauki.
  • Pertandingan perlu berlangsung secara berhemah dan Nik Nazmi tidak mengambil mudah semua calon yang bertanding.
  • Nik Nazmi mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilihan parti yang dijadualkan pada 24 Mei.

"... kerana kita raikan demokrasi, kita raikan semua ahli yang ingin bertanding," katanya ketika ditanya mengenai pelakon, pelawak dan pengarah filem Datuk Afdlin Shauki yang akan mencabarnya bagi jawatan berkenaan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Cawangan Hijau Pertama Agrobank Bagan Serai di sini hari ini.
Nik Nazmi bagaimanapun berkata pertandingan perlu berlangsung secara berhemah dan beliau tidak mengambil mudah semua calon yang bertanding.
"Semua mampu menang. Saya yakin ahli PKR Setiawangsa bersama saya," katanya.
Sebelum ini, Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dilaporkan mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilihan parti itu yang dijadualkan pada 24 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Nik Nazmi
#Afdlin Shauki
#Ketua Cabang Setiawangsa
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan