PETALING JAYA: Tarikh pendaftaran untuk ahli PKR sebagai Pemilih Atas Talian dilanjutkan sehingga 21 April depan dan mereka juga tidak perlu membayar yuran keahlian untuk mengundi pada Pemilihan PKR 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata pelanjutan tarikh itu adalah bagi memberi ruang lebih ramai bilangan pemilih atas talian supaya tidak berlaku kesesakan di pusat pengundian fizikal semasa proses pemilihan yang akan bermula pada 13 Mei.
"Sebelum ini kita bagi tarikh sehingga 8 April untuk ahli parti melakukan verifikasi serta mendaftar sebagai pemilih atas talian tetapi kita lanjutkan dan sasarkan sekurang-kurangnya 100,000 atau 10 peratus pemilih atas talian boleh memilih kali ini," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas meninjau pusat pencalonan bagi Selangor di Perpustakaan Komuniti di sini hari ini, beliau berkata bagi yuran tahunan pula, hanya calon yang ingin bertanding dikenakan bayaran RM2.
Sebelum ini, pemilih juga juga wajib membayarnya.
Buat julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal pada 28 Feb lepas.
Proses pengundian bagi pemilih atas talian ialah dari 18 hingga 20 Mei manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei.
Dr Zaliha juga berkata ahli yang bersetuju menjadi pemilih atas talian tidak boleh mengundi secara fizikal.
Proses pemilihan PKR 2022 bermula semalam dengan pencalonan peringkat cabang sehingga esok manakala pencalonan bagi jawatan enam pimpinan utama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan empat Naib Presiden serta lima jawatan utama Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita ialah pada 11 April.
Pencalonan bagi 20 Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat dan 20 Ahli Majlis Wanita Pusat pula pada 28 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) Dr Zaliha Mustafa ketika ditemu bual Bernama pada Pemilihan Keadilan 2022 di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti MBPJ, Petaling Jaya, hari ini. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
'Dakwaan pemilihan PKR untuk singkir kem Anwar cerita dongeng'
Puah berkata, sudah menjadi tradisi pemilihan, akan ada yang kalah atau menang dan semua pihak perlu terbuka menerima keputusan itu.
Fokus isu semasa rakyat, henti kitar semula isu NFC - Penganalisis
NFC merupakan isu nasional namun pada waktu ini, kenaikan harga barang, kos sara hidup tinggi dan tiada kenaikan gaji lebih dilihat menjadi kebimbangan rakyat.
Wan Azizah terkilan wujud musuh dalam selimut
Walaupun tidak memperincikan insiden yang berlaku namun kenyataan tersebut dipercayai melibatkan pertikaian berhubung keputusan pemilihan parti berkenaan.
Pemilihan PKR: JPP sedia beri penjelasan kepada Hans Isaac
Pihaknya tidak ada masalah untuk memberi jawapan dalam masa seminggu memandangkan kongres melibatkan parti berkenaan akan tamat tidak lama lagi.
Ada pihak cuba godam keputusan pemilihan PKR - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata, namun begitu, perkara tersebut telah dikenal pasti dan pakar audit telah memberi cadangan untuk mengemaskinikan rekod pengundian.
Muka baharu terajui PKR, kehendak ahli inginkan pembaharuan - Aminuddin
Sebahagian besar pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini diterajui muka baharu susulan kehendak ahli yang inginkan pembaharuan.
Rafizi akan jumpa Anwar, mulakan persediaan PRU15 sebagai Timbalan Presiden PKR
Rafizi Ramli akan mengatur perjumpaan dengan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segera untuk memulakan urusan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Realiti kehendak pengundi sudah berbeza, tidak lagi berkisar PH lebih bersih daripada BN, PN
Sekiranya PKR ingin terus mempengaruhi perubahan politik negara, parti perlu sentiasa yakin dengan kebijaksanaan rakyat.
Pemilihan PKR: Hans Isaac, Altimet dan Shamsul Iskandar kecundang
Mereka berdua yang bersaing bagi jawatan Ketua Cabang Ampang masing-masing hanya memperoleh 609 dan 589 undi.
Pemilihan PKR: Azmin ucap tahniah kepada Amirudin
Keputusan menunjukkan Amirudin memperoleh 1,858 undi iaitu 351 undi secara fizikal dan 1,507 undi secara dalam talian.