Notis pemilihan semula tiga cabang parti di Sabah oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR menunjukkan seolah-olah wujud tangan ghaib dalam parti itu.
Calon Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin berkata, tangan ghaib itu mengawal pemilihan untuk kepentingan diri.
"Proses pemilihan Cabang Tawau, Pensiangan dan Keningau telah berlangsung mengikut tatacara yang betul.
"Namun JPP mengarahkan untuk mengadakan semula pemilihan dengan alasan tidak munasabah," katanya.
Menurutnya, ahli parti sudah muak dengan drama politik yang tidak berkesudahan.
"Ada calon yang sering melakukan provokasi dan mengadu domba dalam usaha untuk meraih sokongan," katanya.
Beliau berkata, ahli parti tidak mahukan kepimpinan yang tidak boleh berdikari dan mengharap sokongan dari pihak-pihak tertentu semata-mata bagi memastikan cita-cita peribadi mereka tercapai.
"Adalah penting untuk setiap anggota memilih calon yang dapat membingkai muafakat dalam usaha memperkukuhkan parti dan melaksana reformasi dalam erti kata yang sebenar.
"Saya dengan ini menyeru anggota PKR di Jelebu (Negeri Sembilan), Kuala Selangor (Selangor), Keningau (Sabah), Tawau (Sabah), Pensiangan (Sabah), Alor Gajah (Melaka), Masjid Tanah (Melaka), Tangga Batu (Melaka), Kota Melaka (Melaka), Jasin (Melaka) dan seluruh Negeri Sarawak yang bakal diadakan pemilihan pada hujung minggu ini untuk turun mengundi," katanya.
Rabu lalu, JPP Sabah mengeluarkan notis agar pemilihan semula diadakan di tiga cabang tersebut berikutan menerima banyak bantahan termasuk laporan polis.
Sinar Harian
Fri Nov 09 2018
ZURAIDA berkata, tangan ghaib itu mengawal pemilihan untuk kepentingan diri.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Akaun Instagram calon Naib Presiden Indonesia Mahfud MD digodam
Akaun Instagram Mahfud MD, calon naib presiden bagi pemilihan 2024 dan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan telah digodam pada Selasa.
"Kalah dalam politik bukan kalah mati, politik sangat dinamik" - Johari
"Kalah dalam politik bukan bermakna kalah terus, atau kalah mati,"kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menegaskan politik adalah dinamik.
Pemilihan PKR 2022: Saya percaya kebijaksanaan ahli - Fahmi Fadzil
Calon Naib Presiden bagi Pemilihan PKR 2022, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil lebih meletakkan kepercayaan terhadap kebijaksanaan ahli PKR dalam mengundi berbanding strategi pembentukan 'cai' atau kem.
Joe Biden namakan Kamala Harris sebagai calon Naib Presiden AS
Calon Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat, Joe Biden menamakan Senator California, Kamala Harris sebagai regunya bagi Pilihan Raya Presiden, November depan.
Gandingan Mahathir-Anwar terbaik untuk negara
Ia sesuai sebagai satu proses transisi sebelum Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 kerana ia merupakan gandingan yang cukup berwibawa serta dapat menyakinkan pelabur asing.