awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan semula MIC boleh selesai menjelang Oktober - Dr Subramaniam

Bernama
Bernama
24/06/2015
15:05 MYT
Pemilihan semula MIC boleh selesai menjelang Oktober - Dr Subramaniam
Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata pejabat RoS telah memberi kebenaran kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Sementara 2009 untuk melanjutkan tempoh sehingga Oktober untuk mengadakan pemilihan semula parti. - Gambar Fail
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini memberi jaminan bahawa pemilihan semula parti boleh diselesaikan menjelang Oktober tahun ini.
"Kami akan menjalankan pemilihan semula dengan sewajarnya seperti yang telah dinyatakan, melainkan kita menerima arahan lain," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Semalam, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberi kebenaran kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Sementara 2009 untuk melanjutkan tempoh sehingga Oktober untuk mengadakan pemilihan semula parti itu.
Beliau berkata surat itu diterima daripada RoS pada Selasa yang memberi kebenaran untuk mengadakan pemilihan mulai Julai hingga Oktober ini.
Pencalonan untuk jawatan ketua cawangan akan diadakan dari 10 hingga 12 Julai, diikuti dengan pemilihan semua jawatan seminggu selepas itu.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai mesyuarat tertutup antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel (pada Selasa) Dr Subramaniam berkata: "PM (Perdana Menteri) memberikan taklimat kepada saya pagi tadi...tiada apa-apa yang menarik untuk dikongsi.
"Beliau (Najib) memberitahu saya apa yang beliau cakap kepadanya (Palanivel)," kata Subramaniam.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kerja Pusat MIC Sementara 2009
#Pendaftar Pertubuhan
#S.Subramanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan