awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: 476 perwakilan Bahagian Titiwangsa mula bermesyuarat

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/03/2023
02:47 MYT
Pemilihan UMNO: 476 perwakilan Bahagian Titiwangsa mula bermesyuarat
Johari (kanan) antara yang hadir pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Selepas ditangguhkan beberapa kali, kira-kira 160,000 perwakilan UMNO di seluruh negara menyertai pemilihan parti yang melibatkan Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), dan ke atas.
Berlangsung serentak di seluruh negara, proses akan dipantau Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) bagi memastikan pemilihan bagi sesi 2023/2026 ini berjalan lancar dan mengikut lunas-lunas etika seperti termaktub dalam Perlembagaan UMNO.
Bagi UMNO Bahagian Titiwangsa, perwakilan sudah mula hadir seawal jam 8.30 pagi sebelum mesyuarat bermula, dijadual jam 10 pagi.
Berdasarkan pengumuman, seramai 476 daripada 497 perwakilan mengambil bahagian dalam mesyuarat pada Sabtu yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi UMNO.
Mesyuarat kemudian diteruskan dengan pembentangan penyata kewangan sebelum sesi pengundian pemimpin bahagian dam Pusat bermula.
Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 menyaksikan lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden parti itu.
Dua daripada calon itu ialah penyandang jawatan berkenaan iaitu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Tiga lagi calon ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Turut bertanding, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad dan Mohd Yusof Musa@Jamaludin yang merupakan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri.
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#UMNO Bahagian Titiwangsa
#calon
#MKT UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan