awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin PH perlu bukti kesatuan - Tian Chua

Bernama
Bernama
24/05/2018
22:12 MYT
Pemimpin PH perlu bukti kesatuan - Tian Chua
Tian Chau mengulas harapan Anwar yang mahu Mohamed Azmin dan Rafizi saling bekerjasama dalam memastikan agenda reformasi dapat dilaksanakan. - Astro AWANI
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu mengelak daripada membuat kritikan secara terbuka terhadap sesama pemimpin parti kerana ia boleh menimbulkan kekecewaan rakyat, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau Tian Chua.
Merujuk pergeseran antara Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Tian Chua berkata sebagai kerajaan baharu, harapan rakyat adalah untuk melihat pemerintahan PH kukuh.
"Semua pemimpin PKR harus memberi sokongan penuh selain tidak melakukan sesuatu yang akan meragukan keyakinan rakyat terhadap kerajaan PH.
"Jadi semua pemimpin walaupun ada sedikit salah faham pun jangan menguar-uarkan secara terbuka kerana ini akan menyebabkan rakyat kecewa dengan parti kita," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio, pada Khamis.
Beliau mengulas harapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu Mohamed Azmin dan Rafizi saling bekerjasama dalam memastikan agenda reformasi dapat dilaksanakan.
Rafizi sebelum ini dilihat lantang mempersoal beberapa keputusan kerajaan termasuk berhubung pelantikan beberapa portfolio kanan dalam Kabinet sehingga dikritik beberapa pemimpin PKR, termasuk Mohamed Azmin.
"Harapan rakyat adalah untuk melihat pemerintahan PH kukuh. Ini bukan agenda peribadi jadi saya memang mengalu-alukan seruan Anwar. Ini juga bukan terhad kepada dua pemimpin itu sahaja.
"Jadi, tepatlah jika Rafizi ada apa-apa masalah, eloklah kalau kita dapat mengeratkannya lagi dengan melakukan perbincangan secara aman," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Chua Tian Chan
#kabinet
#kerajaan
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Rafizi Ramli
#rakyat
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan