ALOR GAJAH: Semua pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) diseru memperkasa hubungan dan bekerjasama dengan ikhlas serta telus untuk menstabilkan politik negara agar dapat terus mentadbir urus Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata konsistensi itu penting kerana rakyat sentiasa menjadi 'mata' dan 'telinga' perkembangan politik negara dan mereka mengharapkan yang terbaik untuk Malaysia dalam semua aspek khususnya pentadbiran serta ekonomi.
"Rakyat telah memberi mandat untuk kita mengurus tadbir negara dengan baik... jadi kena ada peningkatan. Kalau kita terus berpecah, bagaimana kita hendak mengurus dasar sedia ada.
"Jadi saya harap semua pemimpin yang bertanggungjawab mentadbir urus negara perlu bersatu padu dalam mengawal keadaan bagi meningkatkan prestasi atau penampilan negara sebagai satu negara yang stabil dalam politik," katanya kepada pemberita selepas Program Ceria Ke Sekolah Parlimen Alor Gajah di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Bersatu menerima dengan hati terbuka sekiranya UMNO tidak mahu meneruskan kerjasama dengan parti tersebut pada PRU15.
Mohd Redzuan, yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, berkata Bersatu akan memperkukuh hubungan sedia ada dengan parti komponen lain dalam PN terutama PAS kerana gabungan itu penting untuk membentuk masa depan bagi mentadbir negara.
Mengulas lanjut, beliau berkata Bersatu akan terus mengutamakan pembangunan ekonomi Melayu dan ia sebahagian hala tuju pentadbiran parti itu sekiranya diberi mandat pada PRU15.
"Kepimpinan Melayu perlu dilestarikan kerana majoriti rakyat negara ini adalah Melayu, seterusnya pembangunan ekonomi Melayu perlu dibangkitkan semula pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021
Mohd Redzuan menerima dengan hati terbuka sekiranya UMNO tidak mahu meneruskan kerjasama dengan parti tersebut pada PRU15. - Gambar fail/BERNAMA
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.