awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pemimpin politik main isu perkauman untuk kelirukan rakyat'

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2020
21:57 MYT
'Pemimpin politik main isu perkauman untuk kelirukan rakyat'
Anwar menyampaikan ucaptama 'Keamanan Kewujudan Bersama Dalam Menguatkan Rantau ASEAN: Cabaran Menghadapi Masa Hadapan' pada Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di Shah Alam, 12 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa isu perkauman sempit kerap dimainkan oleh pemimpin politik yang terdesak bagi mengelirukan dan mendapatkan sokongan ramai.
Beliau berkata, wacana berkaitan soal perkauman juga kini kerap dimainkan terutama dalam kalangan ahli politik yang sebelum ini berkuasa, mempamerkan kekayaan dan 'merompak' tetapi kini menggunakan isu berkenaan bagi menarik golongan miskin bersama mereka.
"Mereka menggunakan isu kaum untuk mengelirukan orang ramai. Mengapa kita mahu membenarkan peminggiran dan pengabaian (terhadap mana-mana kaum) sedangkan kita mempunyai segala sumber.
"Mereka ini (yang terpengaruh dengan politik perkauman) sentiasa akan diperalatkan dan kekal dalam kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini pada Rabu.
Anwar berkata, prinsip kedamaian dan keadilan perlu diketengahkan supaya nasib semua kaum di Malaysia yang berdepan kemiskinan lebih terjamin.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kedamaian
#kemiskinan
#mengelirukan
#pemimpin politik
#perkauman
#terdesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan