awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin UMNO 'dilanyak' dalam Kerajaan Perpaduan? - Zahid jawab pandangan Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/02/2023
06:17 MYT
Pemimpin UMNO 'dilanyak' dalam Kerajaan Perpaduan? - Zahid jawab pandangan Ismail Sabri
Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa pemimpin-pemimpin UMNO dilanyak seperti pembangkang dalam Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai pandangan peribadi, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Gambar fail SINAR HARIAN
PUTRAJAYA : Kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa pemimpin-pemimpin UMNO ‘dilanyak’ seperti pembangkang dalam Kerajaan Perpaduan disifatkan sebagai pandangan peribadi, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Presiden UMNO itu, beliau menyerahkan kepada masyarakat terutamanya ahli-ahli UMNO untuk menilai sendiri perjalanan politik negara.
“Itu pendapat beliau (Ismail Sabri)… selalunya begitulah apabila seseorang atau mana tokoh yang telah meninggalkan jawatan berpuluh tahun, lima tahun, sembilan tahun, 22 bulan, 17 bulan atau lebih 14 bulan, mereka merasakan bahawa kepimpinan yang diterajui mereka adalah terbaik dan selepas itu semua tak baik,” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi bulan Februari anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat di sini, pada Khamis.
Dalam satu temu bual eksklusif dengan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini, Ismail Sabri berkata, pemimpin-pemimpin UMNO ‘dilanyak’ seperti pembangkang, sekali gus mengangkat pemimpin dari parti-parti lain.
“Sekarang kalau kita perhatikan, ada yang ‘lambung’ sehingga perkara tidak munasabah yang dilakukan kerajaan sekarang pun kadang-kadang dipertahankan,” tegas Ismail Sabri dalam wawancara berkenaan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#UMNO dilanyak
#Zahid Hamidi
#ismail sabri yaakob
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan