KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan resolusi yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-56 hari ini diluluskan sebulat suara.
Resolusi merangkumi hal ehwal parti dan sayap pemuda, politik, kerajaan, ekonomi dan pendidikan itu diluluskan seramai 322 perwakilan selepas dibahas oleh 10 perwakilan dari 10 negeri.
Persidangan itu dilaksanakan secara hibrid dengan menggabungkan kehadiran secara fizikal di Wisma MCA di sini seramai 51 orang dan selebihnya hadir secara maya.
Resolusi itu antara lain menyeru kerajaan agar mengurangkan kadar cukai pendapatan bagi meringankan beban rakyat.
Selain itu, perwakilan meluluskan resolusi untuk bantuan keusahawanan diperluas serta pinjaman kepada golongan belia dipertingkat bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan dalam talian.
Pemuda MCA juga meminta kerajaan menyediakan geran kepada pekerja muda untuk menjalani latihan peningkatan kemahiran.
Di bawah resolusi hal ehwal pemuda, sayap itu mahu diberikan lebih banyak peluang untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan menggesa ahli sayap agar segera mendekati pengundi muda sebagai kesiapsiagaan pelaksanaan Undi 18 (kelayakan mengundi pada umur 18 tahun) bagi menghadapi PRU15.
Perhimpunan itu turut meluluskan resolusi politik, yang antara lain, menggesa ahli politik agar mengetepikan perbezaan fahaman politik dan menghentikan segala pergolakan serta bersama-sama memerangi pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Perwakilan juga menyeru agar semua ahli parti bersatu bagi menghadapi PRU akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021
Resolusi merangkumi hal ehwal parti dan sayap pemuda, politik, kerajaan, ekonomi dan pendidikan itu diluluskan seramai 322 perwakilan selepas dibahas oleh 10 perwakilan dari 10 negeri. - MCA
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
Tahun Baharu Cina: PM Anwar hadir Rumah Terbuka MCA
Ini kali kedua Perdana Menteri hadir majlis berkenaan sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada November 2022.
Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, bekalan air bersih dan berterusan kepada rakyat bukan suatu perniagaan, tetapi tanggungjawab dan misi kerajaan.
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini pada 4.04 petang.
Bilal 'terkejut' namun hormati keputusan MCA
Bekas jurulatih kriket lelaki negara, Bilal Asad menghormati keputusan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) untuk tidak melanjutkan kontraknya.
PRK Kemaman: Sokongan masyarakat Cina terhadap BN meningkat - MCA
Perubahan itu dapat dirasai jenteranya ketika berkempen, yang memasuki hari kesebelas hari ini.