awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda Pas terbuka bekerjasama dengan UMNO - Afnan Hamimi

Sinar Harian
Sinar Harian
12/09/2024
11:30 MYT
Pemuda Pas terbuka bekerjasama dengan UMNO - Afnan Hamimi
Afnan Hamimi pada sidang akhbar di Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur di Kerdau pada Khamis.
TEMERLOH: Pas secara terbuka bersedia bekerjasama dengan UMNO, sekiranya parti Melayu terbesar itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kerjasama itu bukan sahaja dengan UMNO, tetapi juga semua pihak atas nama penyatuan Islam.
"Perpaduan ummah ini tidak mati, bahkan saya fikir dan tengok hubungan Pas dengan UMNO di peringkat akar umbi, di cawangan dari dulu sejak ada MN (Muafakat Nasional) semakin baik, hubungan kekal cuma bezanya mereka duduk dalam UMNO.
"Kita duduk dalam Pas, tapi mereka sokong dan senyap dalam memberi undi dan itu baik untuk kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 yang berlangsung di Kompleks Al-Makmur di Kerdau pada Khamis.
Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata, pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan pada ketika ini tidak berperanan dalam mempertahankan Islam sehingga pemimpin DAP begitu lantang bersuara.
"Jadi, Kalau orang tidak ikut cakap kita, tidak hormat pandangan kita keluar sahaja lah. Lebih baik pertahankan prinsip daripada pertahankan undi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemuda Pas
#kerjasama dengan UMNO
#UMNO
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan