awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran pusat beli-belah Karachi, 26 mayat dibawa keluar, puluhan masih hilang
SPRM rakam keterangan 9 individu berhubung dakwaan berkaitan IJM
Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO Pasir Puteh usul pecat keahlian Annuar Musa

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
03/01/2021
13:43 MYT
Pemuda UMNO Pasir Puteh usul pecat keahlian Annuar Musa
Usul berkenaan dicadangkan oleh Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali semasa mesyuarat perwakilan pergerakan berkenaan semalam. - Astro AWANI
PASIR PUTEH:Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mengusulkan supaya Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dipecat dari parti itu.
Usul berkenaan dicadangkan oleh Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali semasa mesyuarat perwakilan pergerakan berkenaan semalam.
Menurutnya, parti perlu mengambil tindakan tegas dengan memecat keahlian Annuar selepas beliau dilihat menjadi tali barut dan jurucakap kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Perwakilan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuang keahlian Annuar, kerana Annuar menjadi tali barut Bersatu, tidak menghormati presiden parti, mendahului keputusan parti dan tidak membela UMNO," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Menurut Saifullah lagi, Pemuda UMNO Pasir Puteh juga mendesak supaya kerjasama UMNO dan Pas dikaji semula disebabkan sikap Pas yang tidak mengutamakan hubungan UMNO dalam Muafakat Nasional.
BACA: PRU15: Tidak wajar pertikai pembahagian kerusi - Annuar Musa
"Perwakilan juga mendesak agar UMNO memutuskan segera hubungan dengan Bersatu serta mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam suku pertama tahun ini," katanya.
Bagaimanapun sekiranya PRU15 tidak dapat diadakan, perwakillan mengusulkan supaya kesemua ahli Parlimen UMNO meletak jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO Pasir Puteh
#Annuar Musa
#Muhammad Saifullah Ali
#UMNO
#Bersatu
#PAS
#Muafakat Nasional
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan