awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nahas pesawat Sulawesi: Operasi SAR dibahagi kepada 9 pasukan
RPN: Perubahan perundangan perlu sebelum pelaksanaan sistem pendidikan prauniversiti - Zambry
MIMOS komited komersialkan hampir 1,400 IP, paten berdaftar - PGCEO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lisa BLACKPINK hiasi poster baharu kempen pelancongan Thailand 2026

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2026
08:00 MYT
Lisa BLACKPINK hiasi poster baharu kempen pelancongan Thailand 2026
Poster terbaharu Amazing Thailand menampilkan Lisa berlatarbelakangkan keindahan Tasik Teratai Merah di Udon Thani. -Facebook Amazing Thailand
BANGKOK: Amazing Thailand melancarkan poster promosi terbaharu yang menampilkan bintang global K‑pop, Lalisa “Lisa” Manobal, sebagai wajah utama kempen pelancongan negara itu.

Ringkasan AI
  • Poster promosi terbaharu Amazing Thailand menampilkan bintang K-pop, Lalisa "Lisa" Manobal, sebagai wajah utama kempen pelancongan negara itu.
  • Poster tersebut memaparkan keindahan Tasik Teratai Merah di Udon Thani dengan suasana tenang di bawah cahaya pagi yang menerangi bunga teratai merah jambu.
  • Kempen "Feel All The Feelings" yang kedua menampilkan Lisa sebagai Duta Amazing Thailand sepanjang 2026.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Poster berkenaan memaparkan keindahan Tasik Teratai Merah di Udon Thani dengan suasana tenang ketika cahaya pagi menyinari hamparan bunga teratai merah jambu.
Poster ini merupakan bahagian kedua kempen “Feel All The Feelings”, yang menampilkan Lisa sebagai Amazing Thailand Ambassador sepanjang tahun 2026.
Fasa pertama kempen, dilancarkan pada 13 Januari lalu, memaparkan imej Wat Chedi Luang di Chiang Mai yang diterangi cahaya lilin pada waktu malam.
Menurut laporan, kempen ini bukan sekadar mempromosikan destinasi, tetapi memberi penekanan kepada emosi, suasana dan pengalaman peribadi yang dirasai pengunjung ketika meneroka Thailand.
Pendekatan itu sejajar dengan usaha Tourism Authority of Thailand (TAT) memanfaatkan “Lisa effect” dalam mengembalikan momentum pelancongan negara, dengan sasaran menjana lebih 3 trilion baht pada 2026.
TAT turut memaklumkan bahawa video penuh kempen akan dilancarkan pada 28 Januari menerusi semua platform rasmi Amazing Thailand.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang menjadi wajah utama dalam poster promosi terbaharu Amazing Thailand? A: Lalisa "Lisa" Manobal, bintang global K-pop, menjadi wajah utama dalam poster promosi tersebut.
  • Q: Apa yang ditampilkan dalam poster promosi Amazing Thailand yang terbaru? A: Poster tersebut memaparkan keindahan Tasik Teratai Merah di Udon Thani dengan suasana tenang di bawah cahaya pagi yang menerangi bunga teratai merah jambu.
  • Q: Apakah tujuan kempen "Feel All The Feelings" yang dilancarkan oleh Amazing Thailand? A: Kempen tersebut bertujuan untuk menekankan emosi, suasana, dan pengalaman peribadi yang dirasai oleh pengunjung ketika meneroka Thailand.

Topic Berkaitan
#Thailand
#BLACKPINK
#Lisa Manobal
#Kempen Pelancongan
#Amazing Thailand
#Feel All The Feelings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan