awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MIMOS komited komersialkan hampir 1,400 IP, paten berdaftar - PGCEO
BM, Sejarah SPM diwajibkan untuk sekolah antarabangsa, agama dan UEC - PM Anwar
RPN: Penekanan awal TVET, STEM eratkan jurang kemahiran - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran pusat beli-belah Karachi, 26 mayat dibawa keluar, puluhan masih hilang

Bernama
Bernama
20/01/2026
08:00 MYT
Kebakaran pusat beli-belah Karachi, 26 mayat dibawa keluar, puluhan masih hilang
Siasatan mengenai kebakaran besar itu sedang dijalankan dan pihak yang didapati cuai akan dikenakan tindakan. - Gambar/ AP
NEW DELHI: Sebanyak 26 mayat mangsa dibawa keluar dari kompleks beli-belah Gul Plaza di bandar raya Karachi, Pakistan, manakala puluhan lagi masih belum ditemui.

Ringkasan AI
  • 26 mayat mangsa dikeluarkan dari Gul Plaza di Karachi, Pakistan, sementara puluhan masih hilang; 200 anggota bomba ambil lebih 24 jam padamkan kebakaran yang berlaku pada Sabtu.
  • Ketua Menteri Sindh umumkan pampasan RM144,738 bagi setiap keluarga mangsa; 65 orang masih tidak ditemui.
  • Pihak berkuasa mula bersihkan plaza selepas kebakaran; penduduk hampirannya kritik penguatkuasaan undang-undang bangunan yang lemah.

200 anggota bomba mengambil masa lebih 24 jam untuk memadamkan kebakaran yang berlaku pada Sabtu malam di plaza bertingkat yang menempatkan kira-kira 1,200 kedai dan 4,500 pekerja itu.
Ketua Menteri Wilayah Sindh Murad Ali Shah pada Isnin mengumumkan pampasan 10 juta rupiah (RM144,738) bagi setiap keluarga mangsa yang terkorban.
65 orang masih belum dipastikan keberadaan mereka, menurut laporan media tempatan.
Pihak berkuasa tempatan Karachi Metropolitan Corporation mula membersihkan Gul Plaza selepas api dipadamkan.
Tragedi itu mengejutkan penduduk bandar besar kosmopolitan Pakistan dan hab komersial itu.
Penduduk yang berhimpun berhampiran lokasi kejadian menyalahkan penguatkuasaan undang-undang bangunan yang lemah dan langkah kawalan kebakaran tidak mencukupi susulan kebakaran yang memusnahkan kesemua aras kompleks berkenaan.
Siasatan sedang dijalankan dan pihak yang didapati cuai akan dikenakan tindakan, jurucakap kerajaan Sindh Nadir Nabil Gabol memberitahu sebuah saluran televisyen.
Beliau mengkritik pencerobohan dan salah urus di plaza itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat beli-belah terbakar
#Karachi
#Pakistan
#Gul Plaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan