Pemuda UMNO sedia jadi jambatan Muafakat Nasional 2.0

Muhammad Akmal berkata, penyatuan Melayu harus digerakkan oleh dua parti terbesar yang diwakili orang Melayu iaitu UMNO dan Pas. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO bersedia menjadi jambatan yang akan menghubungkan antara parti itu dan Pas untuk merealisasikan Muafakat Nasional 2.0
Ringkasan AI
- Pemuda UMNO bersedia menjadi jambatan untuk menghubungkan UMNO dan Pas bagi merealisasikan Muafakat Nasional 2.0 demi penyatuan Melayu.
- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh menyatakan keperluan penyatuan tersebut kerana UMNO dan Pas merupakan dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu.
- Walaupun tiada pertemuan dijalankan, Dr. Akmal menegaskan kesediaan Pemuda UMNO untuk memainkan peranan penting dalam menyatukan kedua-dua parti tersebut.
Namun, Dr Akmal mengesahkan bahawa belum ada sebarang pertemuan antara kedua-dua pihak setakat ini.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, saranan tersebut disambut baik Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi media sosial.
Muafakat Nasional 1.0 antara UMNO dan Pas termeterai pada 14 September 2019 namun tiada kesinambungan selepas Pas melaksanakan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Utama (PRU) ke-15.
“Apabila Melayu berpecah, kita lihat ada kelompok-kelompok yang cuba mengambil kesempatan, sebab itu kita sudah sedar apakah kesilapan yang telah dilakukan iaitu apabila berpecahnya UMNO dan Pas maka penyatuan Melayu itu hampir tidak berlaku,” katanya.
Dr Akmal turut menggesa UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan dan berperanan selaku pembangkang menjelang PRU ke-16.
Namun, beliau menolak sebarang cadangan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan menggesa agar kerajaan baru dipilih melalui pilihan raya.
“Kerajaan yang ada ini teruskan, kita minta UMNO untuk tarik diri daripada kerajaan menjadi pembangkang, bukan tarik diri jadi kerajaan, jika rakyat rasakan UMNO berhak menjadi kerajaan maka kita serahkan,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


