awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penamaan Calon: Orang ramai dinasihat guna laluan ditetapkan

Bernama
Bernama
27/04/2018
22:41 MYT
Penamaan Calon: Orang ramai dinasihat guna laluan ditetapkan
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengikuti arahan polis trafik bagi mengelak kesesakan. - Gambar hiasan
Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di daerah Kuala Terengganu pada Sabtu.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dalam satu kenyataan berkata dua jalan ditutup mulai pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.
"Laluan yang ditutup ialah Jalan Sultan Mahmud dari bulatan Ladang hingga ke persimpangan kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman serta laluan dari bulatan Ladang ke persimpangan restoran makanan segera Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam.
"Bagi pengguna jalan raya yang mahu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah pula, mereka dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu laluan pantai Batu Buruk dan masuk ke hospital melalui pintu berhampiran Masjid Al Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang)," menurut kenyataan itu.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengikuti arahan polis trafik bagi mengelak kesesakan manakala penyokong parti pula digalakkan datang awal ke pusat penamaan calon untuk perjalanan lebih selesa dan lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hari penamaan calon
#Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
#JSPT
#Kuala Terengganu
#MalaysiaMemilih
#pilihan raya umum
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan