awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak dapat diproses - RoS

Bernama
Bernama
23/03/2018
10:32 MYT
Pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak dapat diproses - RoS
RoS berkata PPBM masih belum mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan pada masa ini, masih tidak dapat diproses.
Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata ia berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), satu daripada parti komponen yang menyertai pakatan itu, belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen sepertimana dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.
"Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan buat masa ini masih tidak dapat diproses," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Pada 9 Mac lepas, RoS dilaporkan mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada PPBM yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan berkenaan.
Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh RoS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.
Pakatan Harapan menghantar permohonan pendaftaran pada Julai tahun lepas. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Akta Pertubuhan
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PPBM
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan