PUTRAJAYA:Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung pendaftaran parti itu setelah permohonan mereka ditolak, bagaimanapun Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masih belum berbuat demikian.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata permohonan pendaftaran Pejuang dan MUDA ditolak pada 6 Jan lepas berdasarkan peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan kedua-duanya boleh mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan.
Kesal dengan dakwaan bahawa beliau yang tidak meluluskan pendaftaran Pejuang dan MUDA, Hamzah menjelaskan permohonan pendaftaran itu ditolak kerana perlembagaan parti yang dikemukakan gagal mematuhi peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta 335 itu, dengan intipati dalam perlembagaan kedua-dua parti tersebut antaranya didapati tidak teratur dan tidak spesifik.
"Bukan saya yang tolak (permohonan penubuhan) tetapi RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan)," katanya pada sidang media di sini hari ini bagi memperjelaskan status pendaftaran Pejuang dan MUDA.
Berikutan itu, Hamzah berkata jawatankuasa penaja Pejuang telah mengadakan perbincangan bersama RoS pada 8 Jan lepas bagi mendapatkan pandangan dan mengemukakan permohonan rayuan pada hari yang sama.
Jawatankuasa penaja MUDA pula sehingga hari ini masih tidak berjumpa dengan pihak RoS bagi tujuan konsultansi dan belum mengemukakan permohonan rayuan secara rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 02 2021

Hamzah berkata jawatankuasa penaja Pejuang telah mengadakan perbincangan bersama RoS pada 8 Jan lepas bagi mendapatkan pandangan dan mengemukakan permohonan rayuan pada hari yang sama. - Gambar fail

Undang-undang Islam: Terlalu tegas boleh membawa kepada hipokrasi - Mustafa Akyol
Orang Islam perlu sedar setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Tembakan | Polis siasat punca tembakan di sekolah
Pihak polis Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat menerima laporan berhubung kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah melibatkan beberapa mangsa. Beberapa das tembakan dilepaskan termasuk terhadap seorang anggota polis, bagaimanapun menurut laporan awal, siasatan masih dijalankan.

COVID-19 | Keliru & tidak konsisten amalkan SOP punca penularan meningkat
Kekeliruan, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan menyebabkan peningkatan kes COVID-19. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran jika perkara itu berterusan ini bermaksud pandemik itu masih jauh untuk tamat.

COVID-19 | India luluskan pengguna vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes. Perkara itu disahkan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), pada Isnin.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.94 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.94 juta kes.

COVID-19 | Sepanyol masih catat kenaikan kes
Jumlah kes positif COVID-19 harian di sepanyol menunjukkan peningkatan yang perlahan berbanding peningkatan kes sebelum ini. Pengarah Koordinator Pusat Kesihatan Awam dan Kecemasan, Fernando Simon memaklumkan, negara itu mencatatkan kadar peningkatan 199 kes bagi setiap 100 ribu orang dalam tempoh 14 hari lalu.

Pendaftaran Pejuang, MUDA ditolak kerana perlembagaan parti tidak teratur - Hamzah
Pejuang telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung pendaftaran parti itu setelah permohonan mereka ditolak, bagaimanapun MUDA masih belum berbuat demikian.

Parti-parti kecil perlukan kepimpinan yang dinamik - Penganalisis
Parti-parti kecil seperti Amanah dan Pejuang, kata Dr Hamidin mempunyai kelebihan untuk meletakkan diri mereka pada setiap perubahan yang bakal berlaku.

Pejuang didaftar secara rasmi, guna huruf jawi 'Pa' sebagai logo
Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan, logo berwarna biru pantone itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.

Slim Memilih: Medan untuk Pejuang uji penerimaan rakyat - Penganalisis
Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid menjelaskan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan calon pada PRK itu merupakan satu keputusan yang bijak.