SHAH ALAM : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kestabilan negara itu bergantung kepada dasar pentadbiran yang dibawa dan bukannya dengan jumlah Ahli Parlimen sesebuah etnik adalah tidak tepat.
Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pengaruh sesebuah kaum atau etnik dalam menentukan kekuasaan nasional sangat penting.
Ujar Ahli Parlimen Marang itu, ia dibuktikan dengan pandangan ilmuan Islam yang mana pemilihan ketua negara mesti berdasarkan etnik atau kaum yang memiliki pengaruh tinggi.
“Para ulama berhujah bahawa syarat supaya pemimpin daripada kalangan Quraisy itu bermaksud bahawa ketua negara itu wajib daripada kalangan kaum penganut Islam yang paling kuat pengaruhnya iaitu kaum yang mendominasi umat Islam.
“Maka, dalam politik Malaysia, bangsa Melayu yang menganut Islam itu wajib memimpin, memerintah dan mentadbir masyarakat majmuk yang termasuk rakyat bukan Islam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Baru-baru ini, Anwar menganggap dakwaan Abdul Hadi mengenai kedudukan ahli Parlimen Melayu dalam kerajaan merupakan perkiraan yang tidak betul.
Jelas beliau, untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil ia tidak bergantung kepada jumlah Ahli Parlimen mana-mana etnik di parlimen sebaliknya dasar yang dilaksanakan.
Bahkan Anwar juga menganggap menilai kestabilan kerajaan dengan hanya bersandarkan kepada faktor bangsa adalah pertimbangan yang jumud.
Dalam pada itu, Abdul Hadi menambah, falsafah politik Pakatan Harapan (PH) membawa konsep sekularisme dan ‘Malaysian Malaysia’ yang menolak kepimpinan Melayu Islam tanpa mempedulikan aspek iman, akhlak dan integriti.
Kata beliau, kepimpinan sebegini tidak akan bertahan lama kerana terdapat kelompongan dalam pentadbiran.
“Kita menyaksikan contoh kerajaan seperti ini hanya dapat bertahan buat sementara waktu yang pendek dan rapuh, kerana pemilihan pemimpin bukan daripada kaum dominasi seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat, Chile, Fiji, dan terkini di United Kingdom,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 04 2023

Baru-baru ini, Anwar menganggap dakwaan Abdul Hadi mengenai kedudukan ahli Parlimen Melayu dalam kerajaan merupakan perkiraan yang tidak betul. - Gambar fail

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Saya pilih penjara, tak mahu bayar denda - Abdul Hadi
Daripada membayar denda, beliau berpendapat lebih baik wang itu disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Royalti minyak: 'Masa kami perintah dulu, banyak kerengga mengacau' - Hadi Awang
Abdul Hadi Awang (PN - Marang) mendakwa, ketika mereka memerintah, ada banyak kerengga mengganggu sehingga menyaksikan berlakunya pertukaran perdana menteri beberapa kali.

Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Hadi, Tun Mahathir dihantar ke AGC - KPN
Polis telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu 3R.

Kertas siasatan terhadap Abdul Hadi akan disiapkan dalam masa seminggu - Ayob Khan
SOP PDRM dalam menguruskan kes berkaitan 3R (agama, raja dan bangsa) adalah tidak melebihi daripada tujuh hari.

Abdul Hadi hanya jawab lima daripada 24 soalan - Ayob Khan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan pihaknya telah selesai mengambil keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Isnin.

Abdul Hadi selesai beri keterangan, tidak timbul isu mengelak - Mohd Syahir
Abdul Hadi selesai memberi keterangan kepada pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Pejabat Pas Pusat pada Isnin.

Polis rakam keterangan Abdul Hadi esok
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pegawai khas Abdul Hadi memaklumkan pemimpin itu masih dalam rawatan kesihatan.

Hadi Awang, 4 MB negeri PN jumpa Tun M
Dr Mahathir berpandangan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunkan.

Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.

Polis sahkan siasat kenyataan Hadi Awang berhubung kuasa Lembaga Pengampunan
Polis mengesahkan telah menyiasat kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar.