awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguguran Tajuddin: 'Tentu dia tahu apa dia lakukan' - Zahid

Fareez Azman
Fareez Azman
24/06/2022
05:39 MYT
Pengguguran Tajuddin: 'Tentu dia tahu apa dia lakukan' - Zahid
Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut mengenai sebarang kesalahan yang menyebabkan tindakan itu diambil.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengetahui sebab beliau digugurkan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Demikian jelas Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui media pada Jumaat.
Bagaimanapun Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut mengenai sebarang kesalahan yang menyebabkan tindakan itu diambil.
"Saya fikir tanyalah dia sendiri, itu yang sebaiknya. Tidak adil jika saya beritahu umum, tentunya dia tahu apa yang dia lakukan.
"Apa kenyataan yang telah dia buat, apakah bahan-bahan ucapan atau ceramah-ceramah atau bahan-bahan yang dia nyatakan dalam mesyuarat tertutup, tanya dia sendiri," kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair Aspirasi anjuran Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.
Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan memaklumkan Tajuddin digugurkan sebagai ahli MKT.
Ahmad bagaimanapun tidak menyatakan sebab Tajuddin digugurkan dan menzahirkan penghargaan atas khidmat Ahli Parlimen Pasir Salak itu terhadap parti.
Malah tambah Ahmad, beliau berharap Tajuddin akan meneruskan khidmatnya sebagai ahli parti yang komited serta merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Tajuddin Abdul Rahman
#mkt
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan