awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengkhianat PPBM adalah 'sampah' - Tun Mahathir

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
30/12/2017
04:40 MYT
Pengkhianat PPBM adalah 'sampah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, walau siapa pun yang menjadi pimpinan, pasti ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. - Astro AWANI/Fail
Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memerlukan perpaduan yang erat serta ketepikan perbezaan pendapat antara ahli.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana walau siapa pun yang menjadi pimpinan, pasti ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.
"Ingatlah, tidak ada seorang pun diantara kita yang 100 peratus disukai oleh ahli dan pimpinan parti.
"Pilihlah dan tukarlah siapa pun, akan ada ramai yang tidak puas hati dengan tindakan yang diambil. Perpecahan tetap akan berlaku," kata Dr Mahathir dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung PPBM di Shah Alam hari ini.
Tambahnya, tiada tempat bagi golongan sebegitu dalam PPBM.
"Saya kata mereka ini adalah 'sampah'. Saya tidak minta maaf.
"Mereka lebih buruk dari musuh kita. Mereka mengkhianati perjuangan suci kita," kata Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir
#Mahathir Mohamad
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PPBM
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan