awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56
LKM e-panggilan lebih fleksibel, kadar fi baharu ikut tempoh berkuat kuasa esok
Murid tahun enam, bapa saudara maut dalam kemalangan di Sri Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengorbanan Anwar Ibrahim perlu dihargai - PKR Perak

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2020
05:14 MYT
Pengorbanan Anwar Ibrahim perlu dihargai - PKR Perak
Farshah berkata, selama ini Anwar Ibrahim berdepan pelbagai tohmahan termasuk dilabelkan sebagai liberal kerana menjaga hubungan baik dengan DAP. - Gambar fail
Parti DAP dan Amanah sepatut menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Sehubungan itu, Farhash berkata, DAP dan Amanah seharusnya menyatakan pendirian untuk bersama-sama Anwar yang selama ini teguh bersama-sama mereka.
Setiausaha politik Anwar itu berkata, selama ini presiden PKR berdepan perlbagai tohmahan termasuk dilabelkan sebagai liberal kerana menjaga hubungan baik dengan DAP.
"Berhentilah bersikap terdesak. Inikah cara kamu bayar harga sebuah setiakawan yang dibina lebih 20 tahun? DAP dan Amanah sepatutnya berdiri teguh di belakang seorang lelaki yang bersama-sama mereka selama ini.
"Tindakan dan kenyataan oleh DAP dan Amanah yang tidak menyatakan pendirian bersama-sama Anwar sangat mengecewakan," katanya dalam kenyataan media.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang menggesa PKR menyatakan pendirian mengenai cadangan kombinasi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri bersama Anwar sebagai calon Timbalan Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan (PH).
Pada Rabu, portal Malaysiakini melaporkan Athony sebagai berkata, PH dan sekutunya telah meneroka dua kombinasi pilihan bagi jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kombinasi pertama melibatkan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya.
Bagaimanapun, kombinasi berkenaan tidak menerima sokongan daripada sekutu PH, justeru cadangan baru dibangkitkan, iaitu menggandingkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dengan Anwar sebagai timbalannya.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Anthony Loke
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
#Lim Guan Eng
#Mohamad Sabu
#Pakatan Harapan
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan