awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi luar dirayu 'selamatkan Johor'

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2022
04:03 MYT
Pengundi luar dirayu 'selamatkan Johor'
Hasanuddin berkata, mereka perlu menyedari bahawa setiap undi dibuang adalah bernilai untuk menentukan wakil rakyat. -Gambar fail/Facebook
HULU LANGAT: Pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berada di luar dirayu menunaikan tanggungjawab demi menyelamatkan negeri itu daripada parti politik yang tamak kuasa.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, mereka perlu menyedari bahawa setiap undi dibuang adalah bernilai untuk menentukan wakil rakyat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat berkata, sudah semestinya rakyat Johor mahukan sebuah pentadbiran mampu menjanjikan kestabilan politik dan bukan kepada parti yang gagal mengurus negara.
"Buktikan anda adalah pengundi-pengundi di luar negeri yang bersedia untuk menyelamatkan Johor daripada parti-parti politik yang rakus, tamak kuasa, pangkat dan harta.
"Mereka (Barisan Nasional dan UMNO) telah gagal urus negara dan menghampakan penduduk negeri Johor pula.
"Kuasa telah ada pada mereka tapi sebab nak kuasa monopoli, mereka sanggup cadangkan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.
Menurut data SPR, 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti.
Jumlah pengundi di Johor juga mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi 18.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hasanuddin Mohd Yunus
#PRN Johor
#pilihan raya negeri
#Naib Presiden Parti Amanah Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan