awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi Melayu hanya perlu satu "payung besar" untuk menang, bentuk kerajaan - Tun M

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/09/2025
05:47 MYT
Pengundi Melayu hanya perlu satu "payung besar" untuk menang, bentuk kerajaan - Tun M
Dr Mahathir berpandangan pengundi Melayu mempunyai cukup kawasan untuk memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan, tetapi hanya jika mereka bersatu di bawah satu platform - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa kewujudan lebih daripada satu "payung besar" politik hanya akan membawa kepada perpecahan dan kekalahan.

Ringkasan AI
  • Dr Mahathir menegaskan kewujudan lebih daripada satu -payung besar- politik akan memecahbelahkan orang Melayu dan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya.
  • Beliau percaya orang Melayu cukup kuat untuk membentuk kerajaan jika bersatu, namun bukan untuk menubuhkan kerajaan 100% Melayu, sebaliknya kerajaan campuran seperti Perikatan dahulu.
  • Mahathir melancarkan jawatankuasa sekretariat bagi mengembalikan kuasa Melayu, yang menurutnya bukan bermotifkan politik tetapi untuk menyelesaikan masalah orang Melayu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sambutan terhadap cadangan penubuhan satu payung besar amat menggalakkan, namun kebimbangan timbul apabila ada individu yang didakwa mempunyai niat tersendiri untuk menjadi Perdana Menteri melalui penubuhan payung masing-masing.
"Dengan itu akan terdapat dua, tiga atau lebih payung besar, dan orang Melayu pun akan sokong dan jadi anggota payung-payung ini," katanya dalam satu kenyataan.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menambah, keadaan tersebut tidak ubah seperti penyertaan dalam parti politik yang akhirnya menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu.
Beliau berpandangan, pengundi Melayu mempunyai cukup kawasan untuk memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan, tetapi hanya jika mereka bersatu di bawah satu platform.
"Tetapi bukanlah niat orang Melayu untuk mendiri kerajaan seratus peratus Melayu.
"Seperti dengan Perikatan dahulu kerajaan campuran boleh didiri dengan kaum Cina, India dan suku kaum lain," ujar Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#payung besar
#PRU16
#orang Melayu
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan