awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 - BWF
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam diminta tunai tanggungjawab dengan bijaksana - Cuepacs

Bernama
Bernama
07/05/2018
11:37 MYT
Penjawat awam diminta tunai tanggungjawab dengan bijaksana - Cuepacs
Azih mengingatkan penjawat awam bahawa mereka tidak boleh terlibat dalam sebarang insiden tidak diingini pada hari berkenaan.
Penjawat awam yang berdaftar sebagai pemilih diminta menunaikan tanggungjawab mereka dengan bijaksana pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Rabu ini dan memilih parti yang mempunyai perancangan baik untuk negara.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda juga mengingatkan penjawat awam bahawa mereka tidak boleh terlibat dalam sebarang insiden tidak diingini pada hari berkenaan.
"Kekalkan keamanan negara dan tunjukkan kepada dunia yang kita sudah matang dan tahu untuk menggunakan demokrasi negara secara profesional," katanya pada sidang media di sini.
Selain itu, katanya, mereka perlu menjaga kerahsiaan semasa mengundi dengan tidak menularkan gambar kertas undi atau dokumen berkaitan.
"Kita harap penjawat awam jangan terikut-ikut dengan netizen...mengambil swafoto kertas undi dan menularnya ke laman sosial adalah satu kesalahan menurut peraturan pilihan raya.
"Patuhi peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana kita tidak mahu penjawat awam didakwa berhubung soal kerahsiaan.
"Apabila sudah mengundi, biarlah ia kekal rahsia selamanya," kata Azih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azih Muda
#bijaksana
#cuepacs
#Malaysia Memilih
#memilih parti
#negara
#Pemilih
#penjawat awam
#PRU14
#tanggungjawab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan