awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyertaan ke dalam Bersatu tidak tergesa-gesa - Mustapa

Bernama
Bernama
31/10/2018
03:59 MYT
Penyertaan ke dalam Bersatu tidak tergesa-gesa - Mustapa
MUSTAPA: Saya bersyukur tindakan yang diambil adalah tepat. --fotoBERNAMA
Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyertaan beliau ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dilakukan secara tergesa-gesa.
Malah, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau telah memikirkan perkara berkenaan semasak-masaknya sepanjang sebulan menjadi wakil rakyat bebas.
"Hampir sebulan saya melakukan solat sunat istikharah dan solat sunat hajat selain perbincangan dengan beberapa pihak.
"Ia bukan satu keputusan yang dibuat dengan cara tergesa-gesa dan saya bersyukur tindakan yang diambil adalah tepat," katanya pada sidang akhbar di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Mustapa menyertai Bersatu pada Jumaat lepas selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu majlis di Petaling Jaya.
Susulan tindakan Mustapa itu, landskap DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi berubah dengan 37 kerusi dikuasai PAS, tujuh oleh Barisan Nasional (BN) dan satu Pakatan Harapan (PH).
Mengulas mengenai gesaan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang menggesa Mustapa yang juga ADUN Air Lanas menjadi 'jambatan' antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berhubung tuntutan royalti, Mustapa berkata beliau merupakan 'orang baharu' dalam PH.
"Perkara tersebut perlu dibincangkan oleh pihak berkenaan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan sebagai orang baharu saya kena lihat dahulu perkara berkenaan.
"Namun, melalui persidangan DUN saya akan dapat mengumpulkan maklumat (dari Kelantan) dan akan memaklumkannya kepada pemimpin di Kuala Lumpur," katanya.
Katanya beliau akan membantu sebaik mungkin Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin yang merupakan satu-satunya anggota Kabinet dari Kelantan.
"Saya dah jumpa Mohd Radzi yang merupakan satu-satunya wakil Kelantan (dalam Kabinet) dan saya akan bantu beliau sebaik mungkin agar segala hasrat kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik.
"Sudah pasti saya akan tunjukkan penghijrahan saya membawa faedah dan beberapa hari lepas saya ada mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan Bersatu Kelantan bagi membincangkan hala tuju (kerajaan persekutuan di Kelantan)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Bersatu
#DUN Kelantan
#Kelantan
#Mustapa Mohamed
#PPBM
#solat istikharah
#solat sunat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan