awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbincangan PKR Pusat, Sarawak menjurus kepada usaha perkukuh kerajaan

Bernama
Bernama
13/03/2025
15:58 MYT
Perbincangan PKR Pusat, Sarawak menjurus kepada usaha perkukuh kerajaan
Fadhlina merangkap Ketua Wanita KEADILAN Pusat (KWP) ditemui media pada Majlis Iftar bersama KWP hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Hasrat PKR Sarawak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 (PRN13) masih dalam perbincangan, kata Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.
Menurutnya perbincangan antara PKR Pusat dan PKR Sarawak lebih menjurus kepada usaha memperkukuh Kerajaan MADANI.
Beliau berkata setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh parti berhubung penyertaan dalam PRN13 Sarawak akan datang.
PRN13 Sarawak dijangka diadakan tahun depan selepas kali terakhir berlangsung pada 18 Dis 2021.
"Saya rasa kita masih mempunyai banyak ruang untuk berbincang mengenai PRN. Sebab itu saya katakan bahawa teras utama sekarang adalah untuk memperkukuh Kerajaan Perpaduan. Jadi, apa sahaja keputusan mesti berteraskan mesyuarat yang melibatkan semua pihak," katanya.
Menteri Pendidikan itu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Berbuka Puasa PKR Sarawak di sini, hari ini.
Sementara itu, Fadhlina berkata PKR Sarawak turut menyatakan sokongan terhadapnya untuk kekal sebagai Ketua Wanita pada pemilihan parti Mei ini.
Pada pemilihan parti akan datang, Fadhlina akan dicabar semula oleh Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.
Pada pemilihan PKR 2022, Fadhlina menewaskan Rodziah dengan majoriti 32 undi.
Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Wanita Pusat, dan Majlis Pimpinan Pemuda Pusat dijadualkan berlangsung pada 24 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#ketua wanita
#Kerajaan Madani
#pemilihan parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan