Perhimpunan Agung UMNO 2025 ditangguhkan ke 14 hingga 17 Jan 2026

Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang dijadual berlangsung pada 26-29 Nov ditangguhkan ke 14-17 Jan 2026 kerana bertembung dengan tarikh PRN Sabah ke-17.
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2025, yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 29 Nov ini, ditangguhkan ke 14 hingga 17 Jan tahun depan, kata Setiausaha Agung parti berkenaan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Ringkasan AI
- Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang dijadual berlangsung pada 26-29 Nov ditangguhkan ke 14-17 Jan 2026 kerana bertembung dengan tarikh PRN Sabah ke-17.
- Penangguhan bertujuan memberi ruang kepada kepimpinan dan jentera UMNO untuk fokus membantu Barisan Nasional Sabah dalam usaha meraih semula sokongan rakyat.
- Penangguhan ini merupakan kali kedua selepas jadual asal pada Ogos ditunda ke November atas sebab persiapan menghadapi PRN Sabah.
"Dengan penangguhan ini, diharapkan agar kepimpinan dan jentera UMNO seluruh Malaysia dapat menumpukan sepenuh tenaga dan usaha membantu Barisan Nasional Sabah bagi meraih kembali kepercayaan rakyat, untuk Barisan Nasional kembali mengemudi kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2025, yang dijadual berlangsung pada Ogos lepas, ditunda ke 26 hingga 29 Nov ini, mengambil kira persiapan bagi menghadapi PRN Sabah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami