awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung UMNO sambung bahas ucapan dasar Presiden

Bernama
Bernama
11/12/2015
01:23 MYT
Perhimpunan Agung UMNO sambung bahas ucapan dasar Presiden
Semalam, Najib yang juga Perdana Menteri merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Bernama
Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang masuk hari kedua hari ini, diteruskan dengan menyambung semula sesi perbahasan usul ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bermula 8.30 pagi ini, 10 lagi pembahas dijadual membentangkan hujah masing-masing, termasuk wakil Pergerakan Wanita, Puteri dan wakil Kelab UMNO Luar Negara.
Sesi perbahasan kemudian, akan diikuti dengan pembentangan usul ekonomi serta agama dan pendidikan.
Dua usul itu, masing-masing dijadual dibahaskan 19 wakil negeri-negeri dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri.
Semalam, Najib yang juga Perdana Menteri merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pada Selasa malam, perhimpunan parti bermula dengan perasmian serentak persidangan tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, yang buat julung kalinya disempurnakan oleh ketua sayap masing-masing.
Topic Berkaitan
#majlis tertinggi
#Najib Razak
#PAU 2015
#Perhimpunan Agung UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan