awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perikatan Nasional tubuh jawatankuasa manifesto PRU15

Bernama
Bernama
10/09/2022
09:28 MYT
Perikatan Nasional tubuh  jawatankuasa manifesto PRU15
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin (tiga, kiri) pada Majlis Perasmian Persidangan Srikandi Cawangan dan Armada Cawangan BERSATU Wilayah Persekutuan Labuan 2022 di Desa Tunas Hijau hari ini. - Foto BERNAMA
LABUAN: Perikatan Nasional telah menubuhkan satu jawatankuasa manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang memberi fokus kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kandungan manifesto itu adalah inklusif untuk semua kaum.
"Perikatan Nasional telah menubuhkan jawatankuasa manifesto yang dipengerusikan Datuk Radzi Jidin dan dianggotai oleh wakil-wakil parti komponen Perikatan Nasional.
Manifesto ini memberi fokus bukan sahaja kepada kestabilan politik tetapi juga kepada pembangunan ekonomi dengan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya selepas merasmikan Persidangan Cawangan Srikandi dan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan di Desa Tunas Hijau dekat sini hari ini.
Hamzah berkata jawatankuasa itu akan memastikan setiap kandungan dalam manifesto yang bakal dibentangkan sebelum PRU-15 dapat dicapai.
Mengenai persaingan antara Bersatu dan UMNO untuk menarik pengundi Melayu dalam PRU-15, beliau berkata Bersatu kini semakin diterima rakyat seluruh negara khususnya di Labuan dengan melihat ramai bekas ahli UMNO menyertai parti itu.
Hamzah berkata sejak Bersatu ditubuhkan enam tahun lepas, seramai lebih 600,000 telah berdaftar menjadi ahli.
"Kita akan berusaha memastikan Bersatu melahirkan ramai pemimpin unggul yang boleh datangnya dari Labuan dan negeri-negeri lain untuk membantu memimpin kerajaan," katanya.
Seterusnya Hamzah mengumumkan peruntukan RM50,000 bagi tujuan urus tadbir bahagian dan cawangan Bersatu Labuan dan 300 bakul makanan setiap bulan kepada keluarga memerlukan di pulau bebas cukai ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#jawatankuasa manifesto
#PRU15
#pilihan raya umum
#kestabilan politik
#ekonomi
#Hamzah Zainudin
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan