awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan Agung Tahunan Bersatu 18-19 Disember

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/09/2021
01:30 MYT
Persidangan Agung Tahunan Bersatu 18-19 Disember
MPT Bersatu sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Dr Santhara Kumar sebagai Ketua Sayap Bersekutu yang pertama.
KUALA LUMPUR: Persidangan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2021 akan diadakan pada 18 hingga 19 Dis ini.
Menurut Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, perkara itu telah ditetapkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
"Persidangan bagi peringkat cawangan akan diadakan pada 9 hingga 30 Okt, manakala persidangan bahagian pula 12 hingga 14 Nov ini.
"Persidangan-persidangan tersebut akan dilakukan secara fizikal, maya atau 'hybrid' bergantung kepada kelulusan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mesyuarat MPT Bersatu pada Rabu dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu berkata, MPT Bersatu turut sebulat suara bersetuju melantik Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar sebagai Ketua Sayap Bersekutu yang pertama.
"MPT Bersatu mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan percaya bahawa pelantikan Santhara mampu menarik lebih banyak penyertaan ahli-ahli bersekutu dan seterusnya meningkatkan sokongan rakyat daripada semua lapisan masyarakat kepada BERSATU," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Muhyiddin Yassin
#PPBM
#Bersatu
#Persidangan Agung Tahunan
#Majlis Pimpinan Tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan