awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan DUN Kelantan Isnin ini diputuskan esok

Bernama
Bernama
26/12/2014
08:44 MYT
Persidangan DUN Kelantan Isnin ini diputuskan esok
Persidangan khas itu bagi membentangkan Rang Undangan-Undang Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2014) atau hudud.
Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan Isnin ini (29 Dis) sama ada diteruskan atau tidak berikutan banjir teruk melanda negeri ini akan diputuskan esok.
Persidangan khas itu bagi membentangkan Rang Undangan-Undang Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2014) atau hudud.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri sedang memantau perkembangan banjir yang sedang melanda negeri ini.
"Setakat ini masih 'on' seperti dijadualkan namun kita masih pantau perkembangan semasa banjir dan Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) akan memutuskan perkara itu esok," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya setakat pukul 12 tengah hari ini, paras air di sekitar kawasan Kompleks Kota Darulnaim, iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang turut menempatkan bangunan DUN, pada paras lutut orang dewasa dan tidak menghalang persidangan dijalankan.
Beliau berkata cuaca baik dan panas hari ini diharap akan berterusan dan keadaan kawasan yang dilanda banjir akan bertambah pulih.
"Mengikut pengalaman, cuaca panas sebegini biasanya akan meredakan keadaan banjir dan paras air akan surut," katanya.
Mohd Amar juga berkata keadaan banjir di Kelantan masih terkawal dan semua pihak telah memberikan kerjasama yang baik membantu dalam kerja menyelamat mangsa.
Topic Berkaitan
#Dewan Undangan Negeri
#hudud
#Kelantan
#Rang Undangan-Undang Kanun Jenayah Syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan