KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan hanya ingin memberi maklum balas dan berkongsi idea dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berhubung perkara yang berlaku di dalam dewan.
Beliau berkata pertemuan Ketua Majlis Mesyuarat Parlimen, Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen dengan Speaker bagi mendapatkan nasihat, pandangan atau bertukar-tukar fikiran dari semasa ke semasa adalah perkara biasa di Dewan Rakyat.
"Tidak lebih daripada itu, kita tidak boleh arahkan Speaker buat apa-apa. Contohnya semasa Ahli Parlimen Tasek Gelugor (Datuk Wan Saiful Wan Jan) mohon maaf, itu selepas ada pertemuan dengan Speaker.
"Kalau tak silap saya, Ketua Pembangkang yang bertemu dengan Speaker. Jadi bertemu dengan Speaker itu adalah sesuatu yang biasa di Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita pada program pemeriksaan kesihatan mata di Lembah Pantai hari ini.
Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beliau pada Jumaat bahawa Jemaah Menteri akan berhubung dengan Pejabat Speaker Dewan Rakyat bagi membincangkan kenyataan Ahli Parlimen yang didakwa tidak benar ketika sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja sejak dua minggu lepas.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh pada Sabtu menegur kenyataan Fahmi yang menurut beliau memberi gambaran seolah-olah kerajaan mencampuri hal ehwal Parlimen.
Pada 5 Mac lepas, Wan Saiful memohon maaf atas tindakan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur sangkaan jahat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Permohonan maaf itu dibuat selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memberi ruang kepada wakil rakyat Perikatan Nasional berkenaan memberi penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat oleh beliau ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada 28 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media Program Kem Kesihatan Mata ketika di Dewan Masyarakat Taman Seri Sentosa Jalan Klang Lama hari ini. - Gambar fail/Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Pertemuan dengan Speaker perkara biasa di Dewan Rakyat - Fahmi
Kerajaan hanya ingin memberi maklum balas dan berkongsi idea dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung perkara yang berlaku di dalam dewan.