awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perubahan kerajaan: Segala-galanya bisa berlaku - Muhyiddin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
24/06/2023
16:21 MYT
Perubahan kerajaan: Segala-galanya bisa berlaku - Muhyiddin
Muhyiddin menegaskan jika PN menang di semua enam buah negeri, ia sedikit sebanyak mampu menggugat kedudukan kerajaan sedia ada. - Gambar fail/FB Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan berlaku perubahan kerajaan pusat sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi semua Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.
Namun, Pengerusi PN itu enggan mengulas bagaimana perubahan kerajaan akan berlaku tetapi menegaskan, ia sedikit sebanyak mampu menggugat kedudukan kerajaan sedia ada jika PN menang di semua enam buah negeri tersebut.
"Disebutkan tadi enam buah negeri berhadapan dengan PRN, ini bukan jumlah yang kecil, kalau enam buah negeri menghadapi pilihan raya dan enam-enam negeri dimenangi dan dikuasai oleh Perikatan Nasional, sudah tentunya yang duduk di Putrajaya akan goyang.
"Agaknya sebab itu yang Azmin sebutkan tadi bulan 8. Mahu doakan bulan 8 supaya apa yang disebutkan tadi akan dimakbulkan oleh Allah, terbentuk kerajaan yang baharu.
"Soal macam mana saya tak nak sebutkan di sini, orang Indonesia kata segala-galanya bisa berlaku," katanya dalam Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu, Kita Bangkit di Shah Alam pada Sabtu malam.
Pada Khamis PN mengesahkan akan bertanding di kesemua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini meliputi Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Sebelum itu dalam ceramah sama, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijatuhkan sebaik sahaja gabungan tersebut menang dalam PRN Selangor.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#PRN Selangor
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan