awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2023
05:54 MYT
Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah
Perdana Menteri sewaktu melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) diminta untuk terus berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung permohonan peruntukan untuk kawasan mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan mengenai peruntukan kawasan masing-masing perlu dibuat dengan Timbalan Perdana Menteri itu.
"Tiada, bincang dengan Datuk Seri Fadillah," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen PN yang mahu menghentikan rundingan berhubung peruntukan untuk kawasan mereka.
Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, hari ini.
Pada Jumaat, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pembangkang tidak akan meneruskan permohonan bayaran peruntukan Ahli Parlimen kerana mendakwa syarat yang diminta kerajaan tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Takiyuddin berkata, beliau sudah dua kali bertemu Fadillah Yusof, berhubung perkara tersebut.
"Saya mengesahkan, saya lebih daripada sekali berjumpa dengan TPM yang dikatakan diberi mandat oleh Perdana Menteri untuk bincangkan peruntukan ini.
"Apa yang diminta TPM ini ialah supaya pihak pembangkang menulis surat kepada mereka memberikan jaminan tertentu dan sebagainya," katanya.
Topic Berkaitan
#peruntukan kawasan
#Ahli Parlimen Pembangkang
#Anwar Ibrahim
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan