awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan wakil rakyat kerajaan setengah juta, pembangkang RM60,000 - KM Pulau Pinang

Bernama
Bernama
07/11/2023
08:16 MYT
Peruntukan wakil rakyat kerajaan setengah juta, pembangkang RM60,000 - KM Pulau Pinang
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri meneruskan pemberian peruntukan kepada wakil-wakil pembangkang seperti yang dilakukan sebelum ini. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang sebanyak RM60,000 setahun dalam Bajet 2024 yang dijangka dibentangkan pertengahan bulan ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata manakala wakil rakyat kerajaan negeri pula akan menerima RM500,000 setahun.
"Kami akan meneruskan pemberian peruntukan kepada wakil-wakil pembangkang seperti yang dilakukan sebelum ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bercadang menaikkan jumlah peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menerusi Bajet 2024 yang dijangka dibentangkan pertengahan bulan ini.
Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan negeri akan mengikuti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang meminta wakil rakyat pembangkang di peringkat Pusat berbincang dengan kerajaan untuk mendapatkan peruntukan lebih, Chow berkata kerajaan negeri tidak bercadang memberi lebih daripada jumlah sedia ada kerana hanya itu yang mampu diberikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peruntukan wakil rakyat
#wakil rakyat pembangkang
#pulau pinang
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan