awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perwakilan sebulat suara setuju Abang Jo kekal Presiden PBB

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
24/04/2022
06:29 MYT
Perwakilan sebulat suara setuju Abang Jo kekal Presiden PBB
Dengan persetujuan sebulat suara kesemua 82 perwakilan cawangan Abang Jo akan kekal memegang jawatan nombor satu PBB tanpa dicabar. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan dikekalkan sebagai presiden parti.
Menurut Uggah yang juga ketua sayap pesaka PBB, kesemua cawangan PBB sebulat suara mencapai keputusan memberikan jawatan nombor satu parti tersebut kepada Abang Jo tanpa bertanding untuk Mesyuarat Agung Triennial (TGM) pada Jun depan.
“Dengan semangat (perpaduan), dari peringkat ranting ke cawangan sehingga negeri, semua sebulat suara membuat keputusan bahawa jawatan Yang Dipertua PBB akan kita beri kepada YAB Premier Datuk Patinggi Abang Jo tanpa bertanding.
“Itulah yang kita amalkan dan akan berlaku pada konvensyen akan datang,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Mambong di Hotel Penview Kuching pada Ahad.
Untuk makluman TGM PBB dijadualkan berlangsung selama empat hari pada 16 hingga 19 Jun 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Ia akan disertai oleh kesemua 82 perwakilan cawangan PBB di seluruh negeri Sarawak.
Antara agenda utama TGM kali ini melibatkan pemindaan perlembagaan parti bagi mewujudkan sayap baharu untuk golongan belia berumur 18 hingga 28 tahun.
Topic Berkaitan
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB
#Tan Sri Abang Johari Tun Openg
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Premier Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan