awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petisyen Parlimen Jasin: PH Melaka hormati keputusan, terus beri khidmat

Bernama
Bernama
12/06/2019
21:33 MYT
Petisyen Parlimen Jasin: PH Melaka hormati keputusan, terus beri khidmat
ADLY: PH Melaka hormati keputusan Mahkamah Pilihan Raya mengekalkan kemenangan Parlimen Jasin kepada penyandangnya daripada BN. - Foto BERNAMA
Pakatan Harapan (PH) Melaka menghormati keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada Rabu mengekalkan kemenangan Parlimen Jasin kepada penyandangnya Datuk Seri Ahmad Hamzah daripada Barisan Nasional (BN).
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari juga Ketua Menteri Melaka berkata sehubungan itu PH akan terus memberi khidmat kepada rakyat di Jasin dan di negeri Melaka secara keseluruhannya.
"Kita hormati keputusan Mahkamah Pilihan Raya mengekalkan kemenangan Parlimen Jasin kepada Datuk (Seri) Ahmad Hamzah.
PH akan terus memberi khidmat kepada rakyat di Jasin dan di negeri Melaka," katanya menerusi kenyataan ringkas dalam laman Facebooknya di sini, Rabu malam.
Ahmad kekal sebagai anggota Parlimen Jasin selepas Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur pada Rabu menolak petisyen difailkan calon PH, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pada PRU14 lepas, Khairuddin tewas kepada Ahmad dengan perbezaan 219 undi dalam pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan Ahmad mempertahankan kerusi itu selepas menerima 26,560 undi manakala Khairuddin memperoleh 26,341 undi sementara calon PAS Abd Alim Shapie mendapat 8,860 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Ketua Menteri
#Khairuddin Abu Hassan
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan