KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai angkuh kerana belum mempertimbangkan hasrat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai gabungan itu.
"Keangkuhan luar biasa daripada PH. MUDA adalah parti baharu. Sebab itu ramai yang tidak akan keluar mengundi PH.
"Anda akan kehilangan penyokong sekiranya anda kekal dengan pendirian seperti ini," kata Ambiga menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.
Beliau merujuk laporan media yang memetik Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata Majlis Presiden PH belum berbincang mengenai hasrat MUDA untuk menyertai gabungan berkenaan.
Sebaliknya Fahmi berkata, fokus utama mesyuarat Majlis Presiden PH itu kini lebih kepada rundingan agihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Setakat mesyuarat terakhir (Majlis Presiden), perkara itu tidak dibincangkan. Saya secara peribadi mengetahui niat, permohonan MUDA itu melalui media.
"Setakat ini, kami belum ada sebarang hitam putih, mungkin Setiausaha PH boleh memberikan penjelasan lebih lanjut," katanya pada sidang akhbar Rapat Mega Keadilan di ibu pejabat PKR, pada Rabu
Sebelum ini, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kenyataan berkata, parti itu sebulat suara bersetuju untuk menyertai PH sebagai salah satu parti gabungan.
Menurut Syed Saddiq, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung perkara itu.
Nickyson Nyambar
Wed Sep 07 2022
Ambiga berkata, PH akan kehilangan penyokong sekiranya kekal dengan pendirian seperti itu. - Gambar fail
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan PH diteruskan dalam PRN.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
'Saya bertanggungjawab dedah isu ketirisan pentadbiran PH' - Sanusi
Muhammad Sanusi memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa beliau mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk mendedahkan isu ketirisan dalam pentadbiran ahli politik PH dan BN.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
Bukti PH takut dengan pengaruh PN - Tuan Ibrahim
Semua pihak perlu jelas mengenai bentuk sentimen 3R yang dilarang kerana bukan semua isu tidak boleh diperkatakan.
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Calon PN kata rakyat tak dapat kasih sayang, calon PH balas selalu bertemu rakyat
Pertama kali bertanding, Danni akan berdepan penyandang yang juga sepupunya, Bakri di DUN Klawang dalam PRN di Negeri Sembilan.
PRN: Buat pilihan bijak, elak negeri berdepan kerosakan - Anwar
Anwar Ibrahim menasihatkan pengundi agar membuat pilihan yang bijak supaya dapat mengelakkan daripada kerosakan (pentadbiran negeri).
Bertanding atau tidak, Tengku Zafrul akan pastikan PH-BN menang di Selangor
Sebelum ini nama Tengku Zafrul disebut-sebut akan bertanding di DUN Sg Kandis namun difahamkan rundingan antara BN dan PH tidak mencapai kata putus.
DAP Kelantan tumpu sembilan DUN bantu menangkan calon PH-BN
Pengerusi DAP negeri Datuk Azaha Abdul Rani berkata setiap DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 2,000 orang.