awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH buka ruang bincang kerjasama dengan BN pada PRU16 - PM Anwar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/08/2024
03:30 MYT
PH buka ruang bincang kerjasama dengan BN pada PRU16 - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar hadir merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menyifatkan hubungan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) sangat memuaskan pada peringkat sekarang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH berkata, sehubungan itu, pakatannya masih membuka ruang untuk perbincangan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kelak.
"Hubungan kita (PH) dengan UMNO dan BN sangat baik pada peringkat ini, kerjasama itu sangat memuaskan.
"Jadi untuk masa depan kita masih buka ruang untuk bincang secara baik," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2024, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden antara lain membangkitkan persoalan mengenai langkah terbaik dalam politik semasa, sama ada mahu bergerak solo atau sebaliknya.
Pada 30 Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, Barisan Nasional (BN) akan terus bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU16.
Bagaimanapun, beliau berkata, BN dan PH akan menggunakan lambang masing-masing pada pilihan raya itu nanti.
Topic Berkaitan
#PRU16
#Pakatan Harapan
#Barisan Nasional
#kerjasama politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan