KUALA LUMPUR:Pakatan Harapan (PH) tidak dapat melayan rakyat seperti mana layanan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Perkara itu diakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan PH tidak dapat memberi wang kepada rakyat seperti yang Najib lakukan.
“Kalau kita cuba kurangkan BR1M, mereka kata Najib lebih baik dari Dr Mahathir, dia bagi juga kita duit, Dr Mahathir bagi apa? Itu menjadi tumpuan mereka.
“Ada yang tuduh kononnya PH dikuasai DAP, itu propaganda Najib untuk jatuhkan PH tapi banyak benda yang kita buat tidak diiktiraf umpamanya untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang berfungsi cukup sukar, bukanlah mudah apabila ada pertukaran kuasa.
“Kalau kita lihat negara lain, bila ada peralihan maka berlaku macam-macam keganasan dan sebagainya tapi kita ambil alih dengan begitu licin dan kita dapat dirikan kerajaan bersih,” katanya.
BACA: Saya boleh kembali kepada UMNO... - Tun Mahathir
Beliau berkata demikian pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar anjuran Sinar Harian pada Rabu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi menjelaskan sebab beliau dilihat tidak sebulu dengan semua Perdana Menteri yang Malaysia pernah ada kecuali Tun Abdul Razak.
Tegasnya, sejak dari dulu beliau melihat kepada perbuatan seseorang dan bukannya meletakkan kesetiaan kepada individu.
BACA: Pada usia 95 tahun, saya tidak akan pernah berhenti perjuangkan nasib Melayu - Tun Mahathir
“Saya sokong dari segi perbuatan, bukan orang. Orang ini tak kira, macam-macam jenis orang ada. Tunku Abdul Rahman misalnya, beliau dipandang tinggi kerana beri kemerdekaan kepada negara.
“Tetapi bila beliau buat benda yang saya tak setuju, saya tegur apa yang beliau buat. Bila beliau buat untuk kemerdekaan, saya sokong. Jadi kita tak boleh begitu setia kepada orang itu sebagai individu,” ujarnya.
Menurutnya, itu adalah prinsip yang dipegang beliau sejak dari dulu.
Ridauddin Daud
Wed Feb 17 2021

Tegas Tun Mahathir, sejak dari dulu beliau melihat kepada perbuatan seseorang dan bukannya meletakkan kesetiaan kepada individu. - Gambar fail

Farmasi pandu lalu kurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Oya
Dengan adanya farmasi pandu lalu itu, 300 kehadiran pesakit harian dapat dikurangkan dan memudahkan pungutan ubat biasa di klinik.

1,018 pegawai dan anggota polis Johor dikecualikan terima vaksin COVID-19
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dikecualikan atas nasihat doktor setelah mengambil kira keadaan kesihatan masing-masing.

"Cuti 55 hari di New Zealand untuk lawat keluarga, ikut prosedur" - Timbalan Menteri Wilayah
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar jelaskan, percutian beliau selama 55 hari diluluskan Perdana Menteri.

Buletin AWANI Khas: Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin

Vaksin COVID-19: MB jadi individu pertama terima suntikan di Johor
Johor menerima 70,200 dos vaksin pada fasa pertama, namun jumlah itu kurang dari bilangan petugas barisan hadapan yang perlu mendapatkan suntikan.

Sesi Persekolahan | Optimus Prime dan Bumblebee tampil sambut murid
Ini pula cerita di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian Tiga, Kota Bharu Kelantan apabila guru-guru mengambil inisiatif menampilkan dua robot Transformers menyambut ketibaan murid. Optimus Prime dan Bumblebee itu memberi keterujaan buat semua murid untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

#RasuahBusters | 'Mak Kata Jangan' kempen banteras rasuah
'Mak Kata Jangan’ merupakan kempen peringkat nasional yang pertama diinisiatifkan oleh gerakan #RasuahBusters dalam usaha membanteras rasuah di Malaysia. Ketua Pasukan #RasuahBusters Central Team, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam satu kenyataan menjelaskan, teras utama kempen 'Mak Kata Jangan' untuk mewujudkan rantaian yang akan memberikan impak kepada pembasmian rasuah di negara ini.

Singapura | Johor cadang kemaskini SOP buka sempadan
Kerajaan negeri Johor akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya Prosedur Operasi standard (SOP) pembukaan sempadan Malaysia - Singapura dikemaskini. Ia selepas mengambil kira faktor rakyat di kedua negara yang telah mula diberikan suntikan vaksin COVID-19 bagi menghentikan penularan pandemik COVID-19.

LHDN | Bukti ada indsutri tidak terkesan, untung besar
Masih ada industri dan sektor yang tidak kalis krisis ketika pandemik COVIID-19. Sebahagian besarnya mencatatkan keuntungan walapun ketika ketidaktentuan ekonomi. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ini disokong dengan peningkatan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melebihi sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2020.

Vaksin COVID-19 | 35,100 barisan hadapan Johor terima vaksin
Seramai 35,100 barisan hadapan di Johor akan menerima vaksin COVID-19 pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 peringkat Johor, yang bermula, hari ini. Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, jumlah itu melebih saparuh daripada jumlah barisan harapan di Johor iaitu sebanyak 41, 034 orang.

Kompaun RM10,000 ibarat penderaan kepada rakyat - Exco Pemuda UMNO
Dalam keadaan sukar ditambah pula pendapatan rakyat banyak terjejas, adalah tidak adil kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap mereka.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah Mansor bermula November
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi
Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO sedikit sebanyak mampu mempengaruhi akar umbi UMNO memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.

Berita tempatan pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Saksi nafi gelaran Datuk diterima ada kaitan kes 1MDB
Nor Salwani berkata, beliau tidak sekali-kali berniat untuk menyorok atau melakukan sesuatu yang di luar etika atau luar kebiasaan apabila meletakkan perakam ketika mesyuarat itu berlangsung.

Najib Razak jelaskan maksud 'kerjasama dengan seteru politik'
Najib berkata, Tun Abdul Razak juga pernah melakukan perkara sama demi 'kestabilan dalam negara untuk memulihkan negara'.

Berita tempatan pilihan sepanjang Isnin
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiada sebab UMNO tidak boleh bekerjasama dengan 'musuh', asalkan diterima akar umbi - Najib
Najib berkata, UMNO terbuka dengan semua pilihan, selagi ia diterima baik oleh pemimpin dan akar umbi.

Pilih pemimpin bukan soal umur sahaja, perlu lihat juga pengalaman, 'wisdom' - Najib
Najib akui keengganan pemimpin UMNO terdahulu untuk lepaskan kepimpinan sehingga berpuluh tahun lamanya, telah menyukarkan generasi muda.