awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH tubuh jawatankuasa pantau manifesto PN Terengganu

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2023
02:15 MYT
PH tubuh jawatankuasa pantau manifesto PN Terengganu
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda berkata, jawatankuasa melibatkan wakil dari parti-parti komponen PH itu akan dibentuk dalam tempoh terdekat.
KUALA TERENGGANU: Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau pelaksanaan janji manifesto oleh Perikatan Nasional (PN) di Terengganu.
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda berkata, jawatankuasa melibatkan wakil dari parti-parti komponen PH itu akan dibentuk dalam tempoh terdekat.
"Walaupun Dewan Undangan Negeri DUN (Terengganu) akan bersidang tanpa kehadiran pembangkang, kami akan menjalankan fungsi semak dan imbang melalui jawatankuasa tersebut.
"Kita bersedia untuk memantau dan melihat proses pelaksanaan janji manifesto Pas di Terengganu," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Sebelum ini Pas Terengganu menawarkan 10 manifesto sekiranya terus diberikan mandat oleh rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos lalu.
Antara manifesto ditawarkan ialah kemudahan pinjaman pembelian motosikal tanpa riba maksimum RM4,000, menyediakan khairat kematian RM500, Tabung Geran Usahawan Belia RM5 juta serta menyiapkan jalan raya berkembar (jalan pantai) dari Kemaman hingga Besut.
Selain itu, Pas juga berjanji akan menaja caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah melalui Perkeso, menyediakan Tabung Bantuan Pertanian, Penternak dan Nelayan sebanyak RM10 juta serta mewujudkan Pusat Tafaqquh Fiddin di setiap daerah.
Di samping itu, turut diberi tumpuan menerusi manifesto ditawarkan ialah menjadikan Terengganu sebagai negeri pengeluar makanan negara dengan peruntukan RM100 juta, meningkatkan peluang pekerjaan menerusi insentif pengembangan perniagaan kepada peniaga yang membuka cawangan perniagaan di Terengganu serta membina 'Township Mosque' sebagai masjid baharu yang lengkap dengan fasiliti ekonomi, sukan, rekreasi, pendidikan, sosial, komuniti, kesihatan dan kebajikan.
Gabungan Perikatan Nasional (PN) Terengganu melalui 27 calon Pas dan lima calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN dengan majoriti yang jauh lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Selain itu, Pas juga berjaya mempertahankan kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu melalui penyandang kerusi berkenaan, Datuk Ahmad Amzad Hashim. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Manifesto PN Terengganu
#semak dan imbang
#Amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan