SANDAKAN: UMNO Sabah hari ini meminta semua pemimpin tertinggi UMNO pusat memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan parti dan tidak terlibat memecahbelahkan perpaduan dalam parti itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kepimpinan tertinggi UMNO tidak boleh bertelagah sesama sendiri demi memastikan UMNO terus mendapat sokongan dan tempat di hati rakyat.
"Hari ini, semua UMNO bahagian bermesyuarat dan UMNO Sabah akan mengetengahkan beberapa usul secara serentak, antaranya bagaimana memperkasakan parti dan pemimpin.
"...dalam UMNO kita tidak boleh ada pertelagahan yang ketara antara pemimpin...ia (pertelagahan) akan melemahkan parti dan semangat perjuangan di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan di sini.
Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, UMNO Sabah seiring dengan keputusan UMNO Pusat untuk tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Berbeza dengan kerjasama yang dijalinkan dengan PN menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lepas, beliau menjelaskan, Badan Perhubungan UMNO Sabah mempunyai autonomi negeri untuk menjalinkan kerjasama itu.
"Untuk pilihan raya di peringkat Parlimen (PRU15), kita (UMNO Sabah) ikut autonomi UMNO Pusat. Itu perjanjian kita sebab yang mahu jadi Perdana Menteri bukan kami," katanya.
Bung Moktar berkata, mesyuarat perwakilan seluruh negara hari ini akan menjadi pemangkin untuk berhadapan dengan PRU15.
Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar ingin menerajui kepimpinan negara melalui pendekatan baharu dengan meletakkan pelbagai kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan.
"Kita telah menjadi pemerintah, kita telah menjadi pembangkang dan kita sudah tahu dan maklum apa yang boleh dan tidak boleh kita lakukan...apa yang kita boleh terapkan kepada rakyat bagi memastikan rakyat akan terus bersama-sama dalam memperkasakan perjuangan ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kepimpinan tertinggi UMNO tidak boleh bertelagah sesama sendiri demi memastikan UMNO terus mendapat sokongan dan tempat di hati rakyat. - Gambar fail BERNAMA
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.
UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.
PRN 6 Negeri: UMNO Sabah bantu kempen di Selangor
Sebagaimana yang diamanahkan oleh UMNO Pusat, tumpuan jentera UMNO Sabah adalah bagi membantu kempen di Selangor, kata Bung Moktar.
Generasi muda UMNO perlu sesuaikan diri dengan perubahan semasa - Bung Moktar
Ahli UMNO khususnya generasi muda perlu menghayati sejarah perjuangan parti itu seterusnya menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi membolehkan UMNO kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat.
'Ahli UMNO jangan jadi gunting dalam lipatan'
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan demikian akan membunuh perjuangan parti di negeri itu.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
Insiden pergaduhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu, dua individu terlibat dikenal pasti
Polis mengenal pasti dua individu yang terlibat dalam pergaduhan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu pada Sabtu.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.